Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

07 Oktober 2009

Misbun Ramdan, Sonia, Li Lian terus menggegar GOR Tenis Jakarta

MISBUN Ramdan beserta Sonia Cheah dan Yang Li Lian terus menggegar GOR Tenis Jakarta apabila berjaya melayakan diri ke suku akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Tangkas Alfamart selepas menewaskan lawan masing-masing sebentar tadi.

Pada perlawanan menentang Panji Akhbar Sudjarat di pusingan kelima, lewat jam 3.00 petang Ramdan tidak memerlukan masa terlalu lama untuk mencapai kemenangan dua set terus 21-8, 21-13.

Bagaimanapun, aksi cemerlang Ramdan gagal dituruti dalam acara bergu lelaki apabila gandingannya dengan Zulfadli gagal menyekat kemantapan permainan pasangan Budi Hartono/Ricky Karanda dari Indonesia. Mereka tewas 9-21, 17-21.

Terdahulu dari itu, Sonia terus mempertahankan kedudukan sebagai pilihan utama kejohanan apabila menumbangkan pemain tuan rumah, Yulia Yosephine 21-7, 21-13 dalam masa 35 minit. Kemudian disusuli kejayaan Yang Li Lian yang mengenepikan cabaran wakil Singapura, Noriko Goh juga dua set terus.

Pada hari ini nasih tidak menyebelahi Ng Florah Siew Fong dalam acara perseorangan perempuan apabila gagal mempamerkan aksi sebenar setelah tumpas ditangan pilihan 9/16 dari Singapura, Thng Ting Ting 14-21, 9-21.

Namun, Florah masih mampu menarik nafas lega apabila langkah di kejohanan ini masih berterusan apabila gandingannya bersama Tee Jing Yi turut layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Lia/Siti Sarah dalam pertarungan cukup sengit. Merek menang 23-21, 21-12 dalam masa 28 minit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails