Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

25 Mei 2013

Pengalaman sekat peluang Ramdan ke pentas final


PENGALAMAN nyata menjadi jurang pemisah buat Misbun Ramdan Misbun yang terpaksa menerima hakikat untuk tewas kepada Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark 11-21, 18-21 dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol yang baru sahaja selesai.

Pemain senior Denmark yang menduduki ranking No.16 Dunia itu mengambil masa selama 29 minit untuk menyekat peluang Ramdan ke pentas final.

Buat seluruh rakyat Malaysia, sekalung penghargaan tidak terhingga diatas sokongan padu dan doa buat Misbun Ramdan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Antarabangsa Sepanyol: Misbun Ramdan bergaya ke separuh akhir

CEMERLANG...tumbangkan Tan Yuhan untuk berdepan Vittinghus dari Denmark di separuh  khir.

SEPERTI diramal, Misbun Ramdan Misbun berjaya melangkah dengan bergaya ke separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol selepas menundukkan Tan Yuhan dari Belgium 21-13, 18-21, 21-19 dalam masa 45 minit pada saingan suku akhir sebentar tadi.

Pada pusingan seterusnya, Misbun Ramdan yang juga pilihan ke-3 kejohanan akan berdepan saingan lebih berliku apabila Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark bakal menantinya sebelum boleh memasang niat untuk meloloskan diri ke pentas final.

Misbun Ramdan benam Rasmus Fladberg untuk ke suku akhir Antarabangsa Sepanyol

MISBUN Ramdan Misbun membenam cabaran Rasmus Fladberg dari Denmark 21-10, 21-14 dalam masa 27 minit untuk layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol yang baru sahaja berakhir.

Menanti Misbun Ramdan di suku akhir nanti ialah jaguh Belgium, Tan Yuhan.

24 Mei 2013

8 pasukan bersaing rebut Piala Foo Kok Keong


KIRA-KIRA lapan buah pasukan dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Jemputan Piala Foo Kok Keong bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM35,800.

Kejohanan bersempena nama bekas jaguh badminton negara itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama selama tiga hari bemula hari ini di Kelab Shah Alam

Pada satu sidang media, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan  menegaskan, penganjuran kejohanan itu adalah sebagai menghargai jasa bekas anak jati Selangor yang telah mengharumkan nama negeri dan negara menerusi arena badminton.

"Semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa telah dibuktikan oleh Kok keong dan rakan-rakan sehingga mampu menjulang Piala Thomas pada tahun 1992. Justeru, MBSA menjemput orangramai dan para peminat badminton untuk datang menyaksi kehebatan kejohanan ini,"ujarnya.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijangka akan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ahad ini.

22 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Sepanyol 2013

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNICIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"

Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Sepanyol 2013

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA SEPANYOL (SPAIN) 2013
TARIKH: 23 - 26 MEI 2013
VENUE: POLIDEPORTIVO MUNUCIPAL "MARQUES DE SAMARANCH"

PERSEORANGAN LELAKI
1. Hans-Kristian Vittinghus (DEN)
2. Ville Lang (FIN)
3. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
4. Pablo Abian (ESP)
5. Joachim Persson (DEN)
6. Emil Hlost (DEN)
7. Matthieu LoYing Ping (FRA)
8. Chetan Anand (IND)

PERSEORANGAN WANITA
1. Carolina Marin (ESP)
2. Sashina Vignes Waran (FRA)
3. Kristina Gavnholt (CZE)
4. Beatriz Corrales (ESP)
5. Linda Zetchiri (BUL)
6. Salakjit Ponsana (THA)
7. Simone Prutsch (AUT)
8. Maja Tvrdy (SLO)

BERGU LELAKI
1. Chris Langridge/Peter Mills (ENG)
2. Adam Cwalina/Przemyslaw Wacha (POL)
3. Christoper Coles/Matthew Nottingham (ENG)
4. Gary Fox/Ben Stawski (ENG)

BERGU WANITA
1. Heather Olver/Kate Robertshaw (ENG)
2. Steffi Annys/Severine Corvilian (BEL)
3. Lorraine Baumann/Lea Palermo (FRA)
4. Lena Grebak/Maria Helsbol (DEN)

BERGU CAMPURAN
1. Chris Langridge/Heather Olver (ENG)
2. Jorrit De Rutter/Samantha Barning (NED)
3. Ronan Labar/Laura Choinet (FRA)
4. Anders Skaarup Rasmussen/Lena Grebak (DEN)

19 Mei 2013

Impian Misbun Ramdan julang kejuaraan Hellas jadi realiti



IMPIAN dan harapan mengggunung rakyar Malaysia untuk melihat Misbun Ramdan Misbun menjulang kejuaraan Siri Antarabangsa Hellas (Greece) akhirnya menjadi realiti selepas dia menewaskan Jan Frohlich dari Republik Czech 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit pada pentas pertandingan akhir sebentar tadi.

Ini merupakan kejuaraan ketiga digenggam Misbun Ramdan selepas Kejohanan Siri Antarabangsa Portugal dan Siri Antarabangsa Slovenia.


LALUAN MISBUN RAMDAN DI HELLAS
Pusingan Pertama
Menewaskan Sergey Scherbin 21-10, 21-10
Pusingan Kedua
Menewaskan Rasmus Messerschmidt 21-14, 21-17
Suku Akhir
Menewaskan Lukas Zevl 21-8, 21-5
Separuh Akhir
Menewaskan Richard Domke 21-14, 21-12
Akhir
Menewaskan Jan Frohlich 21-14, 21-13

18 Mei 2013

Misbun Ramdan sahkan slot ke pentas final Antarabangsa Hellas

Misbun Ramdan bersama Richard Domke yang berjaya ditewaskan pada saingan separuh akhir tadi.


MISBUN Ramdan Misbun mengesahkan slot ke pentas final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Hellas (Greece)  dengan mengenepikan Richard Domke 21-14, 21-12 dari Jerman pada saingan separuh akhir yang baru sahaja berakhir.

Dengan kejayaan ini,  Misbun Ramdan akan berdepan pilihan kedua kejohanan, Jan Frohlich dari Republik Czech yang terdahulu mengalahkan jaguh India, Chetan Anand. 

Aksi separuh akhir Misbun Ramdan malam ini


PERLAWANAN separuh akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Hellas yang melibatkan pertembungan Misbun Ramdan Misbun dengan pemenang antara Richard Domke dari Jerman atau Marius Myhre dari Norway dijangka berlangsung di Dewan Tertutup Loutraki pada jam 9.30 malam ini waktu Malaysia.

Buat seluruh rakyat Malaysia....ayuh teruskan sokongan dan doa buat Misbun Ramdan!  

Siri Antarabangsa Hellas: Misbun Ramdan melangkah bergaya ke separuh akhir


BINTANG utama Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun melangkah bergaya ke separuh akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Hellas (Greece) selepas membenam cabaran pemain Republik Czech, Lukas Zevl dalam permainan dua set terus 21-8, 21-15 sebentar tadi.

Menanti Misbun Ramdan di pentas separuh akhir ialah pemenang Richard Domke dari Jerman atau Marius Myhre dari Norway.

Suku Akhir Antarabangsa Hellas: Misbun Ramdan lawan Lukas Zevl petang ini


ACARA perseorangan lelaki suku akhir Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Hellas (Greece) yang menyaksikan pertembungan antara Misbun Ramdan Misbun dan Lukas Zevl dari Republik Czech dijangka berlangsung pada jam 3.40 petang ini waktu Malaysia (18.5.2013).

Ayuh......sama-samalah kita berdoa dan memberi sokongan terhadap perjuangan Misbun Ramdan di kejohanan ini.

17 Mei 2013

Siri Antarabangsa Hellas: Ramdan jinak Messerschmidt untuk ke suku akhir


MISBUN Ramdan Misbun berjaya menjinakkan Rasmus Messerschmidt dari Denmark untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Hellas (Greece).

Pada pertemuan pusingan kedua sebentar tadi, Misbun Ramdan tidak menghadapi masalah untuk menang dua set terus  21-14, 21-17 dalam masa 30 minit..

Esok, Misbun Ramdan akan berdepan dengan pemenang antara Lukas Zevl dari Czezh atau Tuan Duc Do dari Vietnam bagi peringkat suku akhir.

15 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Siri Antarabangsa Hellas 2013

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA HELLAS (GREECE) 2013
TARIKH: 16 - 19 MEI 2013
VENUE: LOUTROKI SPORT HALL

Untuk mengetahui draw dan keputusan di kejohanan ini, sila klik disini

14 Mei 2013

Pemain Pilihan Kejohanan Siri Antarabangsa Hellas 2013

PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SIRI ANTARABANGSA HELLAS (GREECE) 2013
TARIKH: 16-19 MEI 2013
VENUE: LOUTRAKI INDOOR HALL

PERSEORANGAN LELAKI
1. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
2. Jan Frohlich Tan Yuhan (CZE)
3. Chetan Anand (IND)
4. Mathias Borg (SWE)
5. Kim Bruun (DEN)
6. Marius Myhre (NOR)
7. Leonov Kyrylo (UKR)
8. Maxime Michel (FRA)

PERSEORANGAN WANITA
1. Linda Zetchiri (BUL)
2. Nicole Schaller (SUI)
3. Maja Tvrdy (SLO)
4. Alesia Zaitsava (BLR)
5. Lianne Tan (BEL)
6. Zuzuna Pavelkova (CZE)
7. Dimitria Popstoikova (BUL)
8. Monika Szoke (HUN)

BERGU LELAKI
1. Emre Aslan/Huseyin Oruc (TUR)
2. Nikolaj Nikolaneko/Nikolai Ukk (RUS)
3. Giovanni Greco/Daniel Messersi (ITA)
4. Misbun Shawal Misbun/Ridzwan Rahmat (MAS)
 
BERGU WANITA
1. Cemre Fere/Neslihan Kilic (TUR)
2. Anastasia Kharlampovich/Polina Voronko (RUS)

BERGU CAMPURAN
1. Henrik Toth/Laura Sorosi (HUN)
2. Rene Mattisson/Tilde Iversen (DEN)
3. Enls Sesalan/Ozge Ozer (TUR)
4. Blagovest Kisyov/Dimitria Popstoikova (BUL)

12 Mei 2013

Juarai Antarabangsa Slovenia: MISBUN RAMDAN PAMER AKSI MENAKJUBKAN


MENAKJUBKAN....!!! itulah rentak permainan terbaik dipamerkan Misbun Ramdan Misbun semasa membenam cabaran Lucas Corvee dari Perancis dalam pertandingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia yang baru sahaja berakhir.

Pada perlawanan itu, Misbun Ramdan menang bergaya 21-12, 21-14 dalam masa 25 minit.

Ini merupakan kejuaraan kedua diperolehi Misbun Ramdan selepas Siri Antarabangsa Portugal April lalu.

Misbun Ramdan buru kejuaraan kedua petang ini


PERTANDINGAN akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Slovenia yang menyaksikan pertembungan bintang utama Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun menentang pilihan ke-7 kejohanan, Lucas Corvee dari Perancis dijadual berlangsung di Sport Hall Medvode mulai 4 petang ini waktu Malaysia.

Ini merupakan perlawanan akhir kedua Misbun Ramdan pada tahun ini selepas Siri Antarabangsa Portugal. Pada kejohanan tersebut, beliau muncul juara selepas mengenepikan jaguh Sepanyol, Pablo Abian 21-8, 21-9.

Untuk mengikuti siaran langsung pertandingan akhir ini, sila layari web livestream

11 Mei 2013

Misbun Ramdan mudah ke pentas final Antarabangsa Slovenia


SEPERTI diramal, Misbun Ramdan Misbun tidak menghadapi masalah untuk ke pentas final Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Solvenia selepas mengenepikan cabaran pemain Perancis, Thomas Rouxel pada separuh akhir kejohanan itu dengan permainan dua set terus 21-13, 21-14 dalam masa 27 minit sebentar tadi.

Pada pentas final yang dijangka berlangsung petang esok (12 Mei 2013), Misbun Ramdan akan berdepan saingan daripada Lucas Corvee juga dari Perancis.

Misbun Ramdan dijangka mudah ke pentas final Antarabangsa Slovenia


SEBAGAI pemain pilihan utama kejohanan, Misbun Ramdan Misbun dijangka tidak menghadapi masalah untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Slovenia apabila diundi menentang pemain Perancis, Thomas Rouxel pada pusingan separuh akhir kejohanan tersebut yang akan berlangsung jam 10.30 malam ini waktu Malaysia.

Pada suku akhir petang tadi, Misbun Ramdan berjaya membenam cabaran jaguh tuan rumah, Iztok Utrosa dengan kemenangan dua set terus 21-14, 21-16 dalam masa 31 minit.

Perlawanan secara 'live' di peringkat separuh akhir ini boleh diikuti di livestream

08 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2013


DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2013
TARIKH: 9 - 12 MEI 2013
VENUE: SPORT HALL MODVODE

Untuk mengetahui draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

Pemain Pilihan Kejohanan Siri Antarabangsa Slovenia 2013


PEMAIN PILIHAN
KEJOHANAN BADMINTON SIRI ANTARABANGSA SLOVENIA 2013
TARIKH:9-12 MEI 2013
VENUE: SPORT HALL MEDVODE

PERSEORANGAN LELAKI
1. Misbun Ramdan Misbun (MAS)
2. Tan Yuhan (BEL)
3. Luka Kraber (AUT)
4. Thomas Rouxel (FRA)
5. Iztok Utrosa (SLO)
6. David Obernosterer (AUT)
7. Lucas Corvee (FRA)
8. Lucas Claerbout (FRA)

PERSEORANGAN WANITA
1. Maja Tvrdy (SLO)
2. Olga Golovanova (RUS)
3. Marija Ulitina (UKR)
4. Lucie Cerna (CZE)
5. Lene Clausen (DEN)
6. Carola Bott (JER)
7. Natalya Voytsekh (UKR)
8. Panuga Riou (ENG)

BERGU LELAKI
1. Christopher Coles/Matthew Nottingham (ENG)
2. Gary Fox/Ben Stawski (ENG)
3. Zvonimir Durkinjak/Zvonimir Hoelbling (CRO)
4. Daniel Font/Oliver Gwilt (WAL)
 
BERGU WANITA
1. Lorraine Baumann/Lea Palermo (FRA)
2. Sarina Kohlfurst/Nathalie Ziesig (AUT)
3. Sarka Krizkova/Katerina Tomalova (CZE)
4. Carola Bott/Stasa Poznanovic (JER/CRO)

BERGU CAMPURAN
1. Zvonimir Durkinjak/Stasa Poznanvic (CRO)
2. Vitaly Konon/Yelyzaveta Zharka (UKR)
3. Henrik Toth/Laura Sarosi (HUN)
4. Matthew Nottingham/Emily Westwood (ENG)

04 Mei 2013

Nasib tidak menyebelahi Ramdan ke pentas final


Walau beraksi baik dalam pertemuan dengan Victor Axelsen, namun Misbun Ramdan Misbun terpaksa mengakui hakikat bahawa bintang muda Denmark lebih bernasib baik dalam menamatkan permainan separuh akhir Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Denmark sebentar tadi.

Misbun Ramdan tewas dalam permainan yang berlanjutan ke set penentuan 16-21, 21-13, 20-22 dalam masa 47 minit.

01 Mei 2013

Draw & Keputusan Kejohanan Cabaran Antarabangsa Denmark 2013

DRAW & KEPUTUSAN
KEJOHANAN BADMINTON CABARAN ANTARABANGSA DENMARK 2013
TARIKH: 1 - 4 MEI 2013
VENUE: ARENA NORD, FREDERIKSHAVN

Untuk mengikuti draw dan keputusan perlawanan di kejohanan ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails