Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

10 Oktober 2009

Kem Bakat Zon 4 tarik penyertaan 67 peserta

DALAM usaha memartabatkan kegemilangan sukan badminton negara, Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) telah berjaya mengadakan kem bakat badminton peringkat Zon 4 yang berakhir sebentar tadi.

Program yang diadakan di Kompleks Rakan Muda KBS Puchong telah menarik penyertaan seramai 69 orang peserta melibatkan bakat-bakat baru dari seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek berkata, usahasama yang terjalin adalah bermatlamat mencungkil lebih ramai bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Ia juga sebagai input kepada para peserta untuk mempelajari sistem latihan badminton yang betul disamping berpeluang menerima tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman.

"Program ini juga mampu memberi rangsangan dan motivasi kepada bakat-bakat baru ini untuk menyediakan diri masing-masing dalam pelbagai perkara sebelum mereka mampu menggapai impian untuk pergi lebih jauh dalam arena badminton.
Selain Misbun, jurulatih turut memberi bimbingan ialah Rahman Dato' Sidek, bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim, Naib Johan Divisyen Dua Terbuka Terengganu 2009, Shahrizal Latip, Semi Finalis Divisyen Dua Terbuka Terengganu 2009, Misbun Shawal Datuk Misbun, Zulfari Abdullah, Norazman Ramli, Daphne Ng, Ridzwan Ramli dan Aprita Sudhir Lulla , pemain negeri Tamil Nadu, India.

Pelbagai bentuk latihan telah dijalankan termasuk shuttle drills, senaman, program motivasi, latihan regangan dan sebagainya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Zaki Mahmud semasa menutup program tersebut meminta para peserta yang menyertai kem bakat menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari dan terus menerus berlatih demi meningkatkan prestasi lebih baik lagi pada masa depan.

"Secara dasarnya matlamat program kem bakat amat berjaya dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Bagi memantapkan program ini, kami juga bercadang mendapat kerjasama dari Institut Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara termasuk berhubung sains sukan dan pemakanan," ujarnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah penasihat NMBC, Jalani Dato' Sidek, Pegawai Sukan JBSN, Shamsul Anuar.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails