Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

22 April 2016

Misbun Sidek tonton video "The Miracle Lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children"


DATUK Dr Misbun Sidek berkesempatan menonton video Program "The Miracle Lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children" melibatkan dirinya yang dikirimkan stesen TV terkenal Jepun, NHK BS1 hari ini.

Episod badminton dalam bahasa Jepun itu telah mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk dan ia hanya disiarkan di negara Matahari Terbit sahaja.

Pada awal Februari lalu, Misbun menerima jemputan NHK BS1 untuk membuat penggambaran selama 10 hari bagi memenuhi episod Badminton dalam program berkenaan.

Stesen TV itu telah memilih Misbun sebagai ikon jurulatih terbaik di Dunia bagi sukan badminton tahun ini selain dari ikon sukan lain termasuk bola keranjang, bolasepak, sofbol dan lain-lain.

20 April 2016

Juarai sirkit remaja kebangsaan satu permulaan menuju puncak kegemilangan buat Fazriq


Fazriq anak kepada lagenda badminton negara, Dato' Mohamad Razif Dato' Sidek muncul juara acara perseorangan dan beregu lelaki kategori Bawah 12 Tahun Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A yang berlangsung di Kangar, Perlis pada minggu lalu.

Kejayaan ini dilihat satu permulaan baik buat Fazriq dalam menuju puncak kegemilangan dan sekaligus mengikut jejak langkah cemerlang Sidek Brothers dalam arena badminton dunia.

Pada malam tadi, Fazriq berpeluang menemui bapa saudaranya, Datuk Dr Misbun Dato' Sidek di kediaman bekas jurulatih Dato' Lee Chong Wei itu sambil bertukar-tukar fikiran dan mendapatkan tips berharga bagi mempertingkatkan tahap permainan supaya lebih konsisten pada masa depan.

13 April 2016

Salam takziah buat keluarga Hazli Husaini Pen. Ketua Penyunting Harian Metro

Pengurusan Nusa Mahsuri ingin menzahirkan salam takziah buat keluarga Penolong Ketua Penyunting Harian Metro, Allahyarham Hazli Husaini yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Mudah-mudahan roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang soleh.

Berharap seluruh keluarga Allahyarham banyak-banyak bersabar dengan ujian yang datang daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

Hakikatnya,  Allahyarham seorang wartawan cukup gigih dan pejuang sejat dalam. dunia kewartawanan sukan negara.

Al-Fatihah......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails