Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 Ogos 2017

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-60


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan  kali ke-60 buat seluruh rakyat Malaysia pada esok. Tulus ikhlas daripada pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

21 Ogos 2017

Ehime terus kesinambungan ikuti latihan di Nusa Mahsuri




Para pemain Persatuan Badminton Ehime dari Jepun berkesempatan mengunjungi Nusa Mahsuri sambil menjalani latihan intensif dibawah bimbingan jurulatih Haji Rahman Dato' Haji Sidek pada semalam.

Delegasi seramai tiga pemain perseorangan lelaki, empat perempuan dan dua jurulatih diketuai penasihatnya, Encik Sulaiman Akira Hamanaka kelihatan teruja dapat berpeluang sekali lagi mengikuti latihan bersama barisan pemain Nusa Mahsuri.

Kunjungan selama dua minggu ke Malaysia pada kali ini lebih terarah kepada sebahagian persefahaman dan jalinan kerjasama khususnya mengenai program latihan antara Persatuan Badminton Ehime dan Persatuan Badminton Malaysia dan ahli gabungannya, Persatuan Badminton Negeri Kelantan.


15 Ogos 2017

Happy Birthday 29th to Daphne Ng


Have a wonderful birthday Daphne Ng Chew Yen.We wish your every day to be filled with lots of love, laughter, happiness and the warmth of sunshine.

09 Ogos 2017

Sidek Brothers sertai bicara juara "Run Down Program" suntik semangat atlet negara ke Sukan Sea ke-29


Sidek Brothers yang terdiri daripada Datuk (Dr) Misbun Sidek, Dato' Seri Jalani Sidek, Dato' Razif Sidek dan Haji Rahman Sidek serta beberapa bekas atlet negara menghadiri dan berkongsi pengalaman sebagai panelis #bicarajuara "Run Down Program" Perhimpunan Akhir Kontijen Malaysia ke Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur yang berlangsung disebuah hotel terkemuka di ibu negara malam tadi.

03 Ogos 2017

Sempena SUKSES 2017: Dato' Seri Jalani Sidek serah jersi buat pasukan Daerah Kuala Langat


Satu majlis penyerahan jersi kepada pasukan badminton Majlis Sukan Daerah Kuala Langat telah berlangsung malam tadi.

Penyerahan tersebut telah dilakukan oleh Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek yang juga anak jati Kuala Langat kepada Pengurus Pasukan daerah itu, Norkamal Ahmad.

Pasukan Kuala Langat akan menyertai Kejohanan Badminton Sukan Selangor (SUKSES) 2017 di Avengers Sport Arena, Pandan Perdana mulai 3 - 6 Ogos 2017.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails