Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 Mac 2016

NHK BS1 Broadcasting terusan temuramah online bersama Misbun


BERIKUTAN sambutan hangat diterima selepas siaran Program "The Miracle lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children", dalam edisi bahasa Jepun kelmarin, pihak NHK BS1 Broadcasting hari ini mengambil inisiatif sekali lagi menjalani penggambaran dan sesi temuramah eksklusif bersama Datuk (Dr) Misbun Sidek. 

Kali ini, penggambaran tersebut telah dilakukan di Kuala Lumpur selama empat jam yang antara lain lebih terarah kepada sesi temuramah secara online dengan pihak editorial stesen TV terkenal Jepun itu.

27 Mac 2016

Izzuddin gegar Sirkit Remaja Kebangsaan Zon B


Satu permulaan yang baik buat pemain, Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli apabila dinobatkan juara acara bergu lelaki dan naib juara acara perseorangan lelaki kategori umur Bawah 18 Tahun Pusingan Pertama Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Zon B yang berakhir di Dewan Dato' Sidek, Kampung Attap KL sebentar tadi.

 Izzuddin yang bergandingan dengan Muhammad Syazmil Idham berjaya menggenggam kejuaraan bergu lelaki selepas menewaskan pilihan kedua kejohanan dari Putrajaya, Low Kwok Seng/Najmi Kamaruddin 21-18, 21-15 dalam masa 27 minit.
Bagaimanapun, hajat untuk mencatat kejuaraan berganda dalam acara perseorangan lelaki tidak kesampaian apabila kedudukan deuce 20-20 pada set penentuan menjadi 'turning point' memihak kepada lawannya yang juga rakan senegeri, Selangor, Mohd Nur Aidil Adha Azman. Izzuddin tewas dalam pertarungan cukup sengit 20-22, 21-17, 20-22 dalam masa 50 minit.

Kejayaan manis diperolehi Izzuddin ini turut dikecapi bersama kedua-dua ibu-bapanya yang berkesempatan hadir memberi sokongan.

 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat semua pemenang pelbagai kategori Bawah Umur 12 Tahun, 14 Tahun, 16 Tahun dan 18 Tahun!



14 Mac 2016

Selamat menjalankan tugas baharu buat Dato' Lokman Hakim Ali & Dato' Sri Jamil Salleh

YBhg Dato' Lokman Hakim bin Ali

YBhg Dato' Sri Jamil bin Salleh

Selamat menjalankan tugas buat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato' Lokman Hakim bin Ali apabila dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KBS yang baharu berkuatkuasa 15 Mac 2016. Tahniah!

Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Dato' Sri Jamil bin Salleh diatas komitmen dan tugasan cukup cemerlang sepanjang berkhidmat di KBS dan selamat maju jaya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jasamu sentiasa dikenang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails