Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

02 Oktober 2009

3 wakil Nusa Mahsuri lolos ke separuh Akhir Terbuka Terengganu petang ini

WAKIL Nusa Mahsuri BC (NMBC) yang diketuai semi finalis Kejohanan Remaja Asia, Misbun Ramdan Datuk Misbun berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki Divisyen Dua Kejohanan Badminton Terbuka Terengganu Proton 2009 yang bakal berlangsung di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud dekat sini petang ini.

Ramdan, pilihan ke enam akan berdepan dengan pilihan utama kejohanan, Goh Soon Huat dari Melaka manakala seorang lagi wakil NMBC, Mohd Sharizal Abdul Latip pula menentang Ho Khek Mong dari Pulau Pinang.

Sementara itu, Shahrizal juga menempa sejarah dalam kariernya apabila tanpa diduga gandingannya dengan abang Ramdan, Misbun Syawal dalam acara bergu lelaki berjaya menarik perhatian ramai pemerhati badminton tempatan selepas berjaya mengejutkan pilihan ketiga kejohanan, Jagdish Singh/Low Juan Shen dari Negeri Sembilan 13-21, 22-20, 21-8 dalam masa 35 minit.

Pada separuh akhir, Sharizal/Syawal dijangka berdepan saingan sengit apabila dijadual menentang Chooi Kah Ming/Ow Yao Han dari Sekolah Sukan Bukit Jalil manakala satu slot lagi bakal menyaksikan gandingan Hashim Brother's, Hafifi dan Hafizi pula akan bertarung dengan gandingan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Tan Wee Tat/Yew Hong Keng.

Bagi acara perseorangan lelaki Divisyen Satu, Muhammad Hafiz Hashim dan Kuan Beng Hong seperti diramalkan mudah melangkah ke separuh akhir untuk bertemu lawan masing-masing. Hafiz, pilihan utama akan berdepan Mohd Arif Abdul Latif sementara Liew Daren bakal menjadi seteru Beng Hong.

DRAW PERLAWANAN
KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA TERENGGANU PROTON 2009
SEPARUH AKHIR

DIVISYEN DUA
PERSEORANGAN LELAKI
*6 Misbun Ramdan Datuk Misbun lwn *1 Goh Soon Huat
*5 Mohd Sharizal Latip lwn *2 Ho Khek Mong

BERGU LELAKI
Hafifi Hashim/Hafizi Hashim lwn Tan Wee Tat/Yew Hong Kheng
Misbun Syawal/Sharizal Latip lwn Chooi Kah Ming/Ow Yao Han

PERSEORANGAN PEREMPUAN
*1 Sonia Cheah Su Ya lwn Lim Chiew Sien
*2 Yang Li Lian lwn *4 Ng Sin Er

BERGU PEREMPUAN
Lai Pei Jing/Ng Hui Ern lwn Joyce Choong Wai Chi/Ti Wei Chyi
*1 Sonia Cheah/Yang Li Lian lwn Ong Boon Hui/Shevon Lai Jernie

BERGU CAMPURAN
*1 Ow Yao Han/Lai Pei Jing lwn Yew Hong Kheng/Ong Boon Hui
*2 Heg Wei Kiat/Maggie Lim Pei Chi lwn Chooi Kah Ming/Ng Hui Ern

DIVISYEN SATU
PERSEORANGAN LELAKI

*1 Muhammad Hafiz Hashim lwn Mohd Arif Abd Latif
*2 Kuan Beng Hong lwn Liew Daren

BERGU LELAKI
Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan mn *3 Choong Tan Fook/Lee Wan Wah - tarik diri
*4 Chan Chong Ming/Chew Choon Eng lwn Chan Peng Soon/Lim Khim Wah

PERSEORANGAN WANITA
*2 Lydia Cheah Li Ya lwn Sannatasah Saniru
Tee Jing Yi lwn Lim Yee Theng

BERGU WANITA
*1 Wong Pei Tty/Chin Eei Hui lwn Lim Yin Loo/Ng Paou Leng
*2 Amelia Anscelly/Nairul Suhada Latif lwn Lydia Cheah/Ooi Swee Wenn

BERGU CAMPURAN
Fairuzizuan Tazari/Wong Pei Tty lwn Mak Hee Chun/Ng Hui Lin
*2 Ong Jian Guo/Choong Sook Chin lwn Razif Latif/Nairul Suhada Latif

[Nota: Perlawanan secara urutan peringkat ini dijangka berlangsung mulai jam 6.00 petang]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails