Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

26 Jun 2017

Riang Ria Aidilfitri bersama jurulatih Nusa Mahsuri


Bersempena kehadiran 1 Syawal 1438H, barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri berkesempatan beraya bersama keluarga masing-masing.

Ketua Jurulatih kelab, Datuk (Dr) Misbun Sidek bersama anak-anak pada tahun ini menyambut perayaan dengan isteri beliau yang menerima rawatan di hospital.

Sementara coach Salim Samion, coach Zulfari Abdullah dan coach Doni Zulfikar Amir pula meraikan detik terindah ini bersama keluarga di kampung halaman iaitu di Felda Mempaga, Bentong, Ipoh, Perak dan Banting, Selangor.

23 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di Nusa Mahsuri


Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,  Minal Aidil Walfaizin buat ahli keluarga, sanak saudara, para pemain, jurulatih, rakan taulan, peminat dan seluruh umat Islam di mana sahaja berada, Maaf Zahir Batin.
.
Mudah-mudahan kedatangan 1 Syawal ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan merupakan detik kemenangan kita bersama selepas sebulan menunaikan ibadat berpuasa.

Ramadan Al-Mubarak berlalu pergi
Syawal bakal disambut penuh berseri
Seikhlas hati kami menyusun jari
Memohon maaf atas kekhilafan diri.....


Birthday coach, Salim Samion in action against 6 players

Sempena Harijadi: Coach Salim Samion ucap terima kasih buat semua

22 Jun 2017

Kejutan birthday buat coach Salim Samion hari ini

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 buat Salim Samion


Pihak pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang tahun Kelahiran ke -36 buat coach Salim Samion pada hari ini.

Mudah-mudahan coach sentiasa beroleh kesejahteraan hidup bersama keluarga tercinta, dilimpahi rezeki berpanjangan dan diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan membimbing anak bangsa menjadi pemain terbaik dunia, insyaallah.

Happy birthday coach Salim!

20 Jun 2017

Nusa Mahsuri hadiri Ceria Beraya #AnakKita Atlet bersama Anak Autisme anjuran TV3


Team Nusa Mahsuri menghadiri Ceria Beraya #AnakKita Atlet bersama Anak-Anak Autisme anjuran TV3 Malaysia dan Bank Rakyat petang tadi di Blokke, Petaling Jaya.


13 Jun 2017

Team Nusa Mahsuri hadiri iftar Ramadan KBS


Team Nusa Mahsuri hari ini menghadiri majlis iftar Ramadan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berlangsung di perkarangan Majlis Sukan Negara,

Presiden, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek mengetuai team Nusa Mahsuri ke majlis itu yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri KBS, YB Brig Jeneral Khairy Jamaluddin dan Ketua Setiausahanya, YBhg Dato' Lokman Hakim Ali.


Two vs One practice with Misbun Sidek

12 Jun 2017

Delegasi Nusa Mahsuri berbuka puasa pada hari terakhir di Lithuania


Delegasi Nusa Mahsuri yang diketuai coach Salim Samion sedang berdoa ketika mahu berbuka puasa di Lithuania.

Ini merupakan hari terakhir mereka di negara Baltik ini  sebelum berangkat pulang ke tanahair esok.


Misbun Sidek berbuka puasa bersama Dato' Lokman Hakim Ali sekeluarga


Lagenda badminton negara yang juga Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Datuk Misbun Sidek dan keluarga berkesempatan berbuka puasa bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Lokman Hakim Ali dan keluarga di Restoran Kita Kita dekat Bukit Damansara prtang tadi.

10 Jun 2017

Beregu akhiri perjuangan Nusa Mahsuri di Lithuania


Perjuangan team Nusa Mahsuri berakhir sudah di Lithuania selepas dua beregu taruhan, Misbun Shawal Misbun/Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli dan Ridzwan Rahmat/Muhammad Ziyad Md Tah tewas pada pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Lithuania yang baru berakhir.

Meskipun memberi saingan sengit kepada lawan, namun ia tidak cukup memberi kekuatan kepada kedua-sua pasangan memenangi perlawanan. Misbun Shawal/Izzuddin kalah 21-19, 19-21, 16-21 kepada K.Loyang/W.Villeger sementara Ridzwan/Ziyad terpaksa akur dengan kemantapan pasangan A-Gozzi/C.Harrbacka (Sweden) bila tewas 24-22, 22-24, 15-21 dalam masa 45 minit.

Kejohanan Antarabangsa Lithuania: Perjuangan dalam acara perseorangan sudah berakhir


Perjuangan team Nusa Nusa Mahsuri dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Antarabangsa Lithuania baru sahaja berakhir.

Dua wakil yang tinggal, Muhammad Ziyad Md Tah dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli seolah-olah berada di bawah tahap permainan sebenar ketika berdepan lawan hari ini.

Ziyad tewas kepada Soeren Toft 15-21, 16-21 dalam masa 34 minit manakala Izzuddin tunduk layu ditangan pemain pilihan ke-2 kejohanan, Marius Myhre dari Norway 14-21, 14-21 dalam masa 33 minit.

Impian balas dendam Ramdan tidak menjadi realiti


Impian Misbun Ramdan Misbun untuk membalas dendam ke atas Kai Schaefer dari Jerman nampaknya tidak menjadi realiti apabila tewas dalam pertarungan yang cukup mendebarkan hingga berlanjutan ke set penentuan pada pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Lithuania sebentar tadi.

Kedua-duanya yang sudah mengenali rentak permainan masing-masing sejak pertemuan di Kejohanan Antarabangsa Latvia kelihatan sering berkejar mata demi mata bermula set pertama lagi. Hanya kesilapan kecil dan nasib menjadi pemisah pertemuan itu.

Misbun Ramdan tewas 17-21, 21-19, 21-16 yang mengambil masa 58 minit.

Beregu bawa khabar gembira buat Nusa Mahsuri


Kejayaan kedua beregu bawa khabar gembira buat team Nusa Mahsuri untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Lithuania sebentar tadi.

Pasangan Muhammad Ziyad/Ridzwan Rahmat memulakan rentak kejayaan dengan membenam cabaran Glib Beketov/Ivan Medynskiy dari Crotia 21-12, 21-8 dalam masa 24 minit manakala Misbun Shawal Misbun/Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli menyekat kemaraan pasangan Norway, David Bjarni Bjornsson/Kristofer Darri Finnsson 21-18, 21-14 dalam masa 32 minit.

09 Jun 2017

Ziyad, Izzuddin ikut jejak langkah Ramdan ke pusingan kedua


Muhammad Ziyad Md Tah dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli berjaya mengikut jejak langkah Misbun Ramdan Misbun untuk mara ke pusingan kedua perseorangan lelaki pada Kejohanan Antarabangsa Lithuania sebaik sahaja menewaskan Peter Correl dari Denmark sebentar tadi.

Biarpun diheret ke deuce pada set penentuan set dan berdepan pemain yang memiliki ranking BWF lebih baik, namun ia tidak langsung merentap semangat Ziyad untuk memenangi perlawanan. Ziyad menang 14-21, 21-10, 22-20 dalam masa 50 minit.

Sementara itu, Izzuddin pula seolah-olah berdepan cabaran mudah ketika menentang Elias Nikolaeu dari Cyprus. Mengambil masa sekitar 25 minit, Izzuddin mengambil masa 25 minit untuk mencapai kemenangan 21-9, 21-10.

Misbun Ramdan melangkah ke pusingan kedua Lithuania

Misbun Ramdan...tiada masalah
Misbun Ramdan Misbun tidak menghadapi sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Lithuania selepas membenam cabaran pemain Romania, Collin Valentine Filimon 21-9, 21-8 (17 minit).

Pusingan berikutnya akan menyaksikan Ramdan berdepan sekali lagi seteru yang menewaskannya minggu lalu, Kai Schaefer dari Jerman yang juga juara Antarabangsa Latvia 2017.

Beregu Nusa Mahsuri turut mara ke main draw Lithuania


Pasangan Misbun Shawal Misbun/Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli dan Ridzwan Rahmat/Ziyad Md Tah turut menceriakan lagi kem Nusa Mahsuri apabila mara ke perlawanan utama (main draw) bagi acara beregu lelaki Kejohanan Antarabangsa Lithuania tengahari ini waktu tempatan.

Misbun Shawal/Izzuddin terpaksa bertarung hingga ke set penentuan sebelum menang ke atas pasangan Poland, Robert Cybulski/Palew Smilowski 19-21, 21-9, 21-19 dalam masa 38 minit.

Terdahulu, gandingan Ridzwan/Ziyad pula menyingkir Juha Honkanen/Miika Lahtinen dari Finland 21-18, 21-12 (23 minit).

Ramdan, Izzuddin & Ziyad sahkan slot ke main draw Lithuania


Misbun Ramdan Misbun bersama Muhammad Ziyad Md Tah dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli  mengesahkan slot ke perlawanan utama (main draw) acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Lithuania selepas mengalahkan lawan masing-masing pagi ini.

Keputusan Terkini
Pusingan Keempat (Final) Kelayakan
Perseorangan Lelaki
Misbun Ramdan Misbun mn Polivas Bartusis (Ltu) 21-19, 21-6 (23 minit)
Izzuddin Shamsulmuzli mn Ridzwan Rahmat (Mas) 14-21, 21-19, 21-11 (46 minit)
Ziyad Md Tah mn Heiko Zoober (Est) 21-8, 21-13 (25 minit)

Antarabangsa Lithuania: Beregu Nusa Mahsuri pamer sentuhan berbisa


Selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam acara perseorangan setakat ini, pemain Nusa Mahsuri, Ridzwan Rahmat yang bergandingan dengan Muhammad Ziyad Md Tah serta pasangan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli / Misbun Shawal Misbun memperagakan sentuhan berbisa ketika turun beraksi dalam acara beregu lelaki pada pusingan pertama kelayakan Kejohanan Badminton Antarabangsa Lithuania 2017 yang baru berakhir.

Pada perlawanan tadi,  Ridzwan dan Ziyad menewaskan pasangan Perancis,  Aurelien Delattre/Quentin Vincent 21-9, 21-12 dalam masa  23 minit manakala gandingan Izzuddin/Misbun Shawal menang ke atas Laurynas Borusas/Jonas Petkus dari  Lithuania.

Selepas ini,  Ridzwan/Ziyad akan berdepan cabaran gandingan Finland, Juha Honkanen/ Miika Lahtinen manakala  Izzuddin/Misbun Shawal pula bakal menentang Robert Cybulski/Pawel Smilowski dari Poland bagi kedua-dua gandingan ini menempah slot ke main draw kejohanan.

08 Jun 2017

Ridzwan, Ziyad dan Izzuddin melangkah ke pusingan keempat Lithuania


Impian ketiga-tiga pemain Nusa Mahsuri, Ridzwan Rahmat, Muhammad Ziyad Md Tah dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli melangkah ke pusingan keempat kelayakan Kejohanan Antarabangsa Lithuania akhirnya menjadi realiti selepas masing-masing menewaskan lawan yang dihadapi.

Perlawanan pusingan ketiga kelayakan yang baru sahaja berakhir menyaksikan ketiga-tiga mereka mencapai kemenangan straight set.

Berikut keputusan diperolehi ketiga-tiga pemain tersebut

Ridzwan Rahmat mn Daniel Johannesson (Ice) 21-7, 21-12 (21 minit)
Ziyad Md Tah mn Jesper Paul (Fin) 21-13, 21-12 (27 minit)
Izzuddin Shamsulmuzli mn Elias Bracke (Bel)  21-17, 21-19 (37 minit)

Misbun Ramdah melangkah bergaya ke pusingan ke-4 Lithuania


Pemain utama Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun membuktikan keunggulan pada Kejohanan Antarabangsa Lithuania apabila menbenam cabaran Vegard Rikheim dari Norway 21-5, 21-14 dalam masa 19 minit sekaligus melangkah ke pusingan keempat kejohanan itu sebentar tadi.

Misbun Ramdan dijangka berdepan Polivas Bartusis dari Lithuania untuk menentukan slot ke main draw perseorangan lelaki kejohanan itu pada jam 9.15 pagi waktu tempatan (Jumaat).

Ridzwan, Izzuddin, Ziyad ikut jejak langkah Ramdan mara ke pusingan ketiga


Tiga pemain Nusa Mahsuri, Ridzwan Rahmat, Muhammad Ziyad Md Tah dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli mengikut jejak langkah Misbun Ramdan Misbun mara ke pusingan ketiga Kelayakan Kejohanan Badminton Antarabangsa Lithuania sebentar tadi.

KEPUTUSAN TERKINI
Pusingan Kedua Kelayakan
Ridzwan Rahmat mn Jacek Kolumbajew (Pol)  21-10, 21-19 (34 minit)
Izzuddin Shamsulmuzli mn Andreas Eskor (Est)  21-7, 21-4 (19 minit)
Ziyad Md Tah mn Oskar Svensson (Swe) 21-13, 21-11 (23 minit)

Misbun Ramdan terus rentak kemenangan di Lithuania


Misbun Ramdan Misbun meneruskan rentak kemenangan pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Lithuania apabila menang straight set Heming Lin dari Finland 21-4, 21-12  dalam masa 19 minit pada Kelayakan Kedua yang baru berakhir.

Pada pusingan ketiga kelayakan, Ramdan akan menentang pemain Norway,  Vegard Rikheim yang dijadual berlangsung pada 3.25 petang waktu tempatan.

Kejohanan Antarabangsa Lithuania kini bermula: Ramdan & Izzuddin mula dengan langkah kanan


Kejohanan Badminton Antarabangsa Lithuania kini bermula di Kaunas Sport Hall.

Dua pemain Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun dan Muhammad Izzuddin Shamsulmuzli telah diundi bermain pada pusingan kelayakan pertama acara perseorangan lelaki manakala Ridzwan Rahmat dan Muhammad Ziyad Md Tah mendapat bye pada pusingan ini.

Misbun Ramdan dan Izzuddin nampaknya tidak menghadapi masalah dan baru sahaja menamatkan perlawanan pagi ini waktu tempatan dengan mencapai kemenangan ke atas lawan masing-masing,

Ramdan mengatasi pemain Norway, Mattias Xu 21-9, 21-10 (21 minit)  manakala Izzuddin menang keatas Oliver Kiner 21-7, 21-12 (21 minit).

05 Jun 2017

Misbun terima kunjungan Datuk Wira Lee Chong Wei malam ini


Datuk Misbun Sidek menerima sekali lagi kunjungan hormat Datuk Wira Lee Chong Wei di kediamannya malam ini.

Dr Misbun ditemani isteri tercinta, Datin Latifah Sidek.

03 Jun 2017

Ekoran kekalahan dua beregu: Berakhir sudah perjuangan di Latvia


Kedua-dua pasangan beregu yang dipertaruhkan, Misbun Shawal/Izzuddin Shamsulmuzli dan Ridzwan Rahmat/Ziyad Md Tah hari ini nampaknya mengikut jejak langkah Misbun Ramdan Misbun apabila tewas ditangan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Antarabangsa Latvia sebentar tadi.

Misbun Shawal/Izzuddin kalah kepada Mathieu Gangloff/Tom Rodrigues dari Perancis 15-21, 18-21 (30 minit) manakala Ridzwan/Ziyad tunduk kepada pilihan ke-4 kejohanan, Eloi Adam/Samy Corvee 9-21, 13-21 (26 minit).

Ia sekaligus bermakna perjuangan team Nusa Mahsuri kini sudah berakhir di Latvia.

Nasib nyata tidak sebelahi perjuangan Misbun Ramdan di Latvia


Nasib nyata tidak menyebelahi perjuangan Misbun Ramdan Misbun di Kejohanan Antarabangsa Latvia hari ini apabila kemaraannya disekat oleh pemain pilihan pertama kejohanan, Kai Schaefer dari Jerman pada pusingan kedua.

Walaupun berjaya mengheret ke set penentuan selepas menang set kedua, namun kecemerlangan itu tidak mampu mencernakan kejayaan buat Misbun Ramdan memenangi perlawanan yang menjadi tumpuan ramai.

Misbun tewas 16-21, 21-13, 21-18 dalam masa 58 minit.

Gabungan baru ceriakan Kem Nusa Mahsuri


Gandingan baru Misbun Shawal Misbun/Izzuddin Shamsulmuzli dan Ridzwan Rahmat/Muhammad Ziyad Md Tah menceriakan kem Nusa Mahsuri apabila membenam cabaran lawan masing-masing untuk mara ke pusingan kedua acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Latvia.

Mereka yang pertama kali digandingkan di Kejohanan Antarabangsa Belanda April lalu menang ke atas pasangan Sweden, Oskar Svenssin/Melker Z-Baxell 21-9, 21-17 dalam masa  27 minit sementara Ridzwan/Ziyad terpaksa bertarung hingga rubber set sebelum menang mengatasi gandingan Filip Budzel/Peder Sovndal (Czh/Den) 21-17, 11-21, 21-16 (49 minit)

02 Jun 2017

Antarabangsa Latvia 2017: Impian Ridzwan Rahmat melangkah jauh tersekat


Impian Ridzwan Rahmat untuk melangkah jauh dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Latvia nampaknya tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan yang berlanjutan ke set penentuan pada pusingan pertama kejohanan sebentar tadi.

Ridzwan tewas ditangan pemain pilihan ke-4 kejohanan dari Ukraine, Kyrylo Leonov 16-21, 21-10, 17-21 dalam masa 58 minit.

Bagaimanapun, kemampuannya mengharungi empat perlawanan pada pusingan kelayakan kejohanan dianggap cukup membanggakan. Kini, tumpuan Ridzwan terarah dalam acara beregu lelaki berpasangan dengan Muhammad Ziyad Md Tah.

Latvia International 2017 Highlight: IZZUDDIN SHAMSULMUZLI (MAS) vs DAV...

Latvia International 2017 Highlight: MISBUN RAMDAN MISBUN vs NIKS PODOSI...

Misbun Ramdan bergaya mara ke pusingan kedua Antarabangsa Latvia


Pemain utama Nusa Mahsuri, Misbun Ramdan Misbun (gambar) meneruskan rentak kecemerlangan di bumi Latvia apabila bergaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Antarabangsa Latvia.

Sebentar tadi, Ramdan berjaya mengenepikan cabaran Birger Abts dari Belgium 21-9, 21-18 dalam masa 30 minit.

Pemain Nusa Mahsuri turut cemerlang layak ke main draw beregu lelaki di Latvia


Sepertimana acara perseorangan, team Nusa Mahsuri turut menempatkan diri dalam slot perlawanan utama (main draw) acara beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Latvia selepas Ridzwan Rahmat dan Muhammad Ziyad Md Tah yang turun beraksi pada pusingan kedua Kelayakan bejaya mengenepikan cabaran gandingan Sweden, Marcus Boman/Emil Johansson 21-11, 21-15 dalam masa 30 minit.

Kejayaan ini sekaligus mengikut jejak langkah pasangan Misbun Shawal Misbun/Izzuddin Shamsulmuzli yang lebih awal layak ke peringkat itu selepas mencapai kemenangan walkover.

Semua pemain Nusa Mahsuri tempat slot ke main draw di Latvia


Semua pemain Nusa Mahsuri berjaya menempah slot ke perlawanan utama (main draw) perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Antarabangsa Latvia pagi ini.

Berikut keputusan kelayakan terakhir yang diharungi pemain kelab:

Misbun Ramdan Misbun mn Valentin Singer (Fra) 21-9, 21-13 (33 minit)
Ridzwan Rahmat mn Oskar Svensson (Swe) 21-23, 21-8, 21-12 (46 minit)
Muhammad Ziyad Md Tah mn Valeriy Atrashchenkov (Ukr) 21-19, 21-15 (36 minit)
Muhammad Izzuddin shamsulmuzli mn David Orteu (Sui) 21-18, 15-21, 21-14 (58 minit)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails