Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

06 Oktober 2009

Misbun Ramdan mara ke Pusingan Kelima

SEPERTI dijangka Misbun Ramdan Datuk Misbun (gambar) tidak menghadapi sebarang masalah untuk membenam cabaran pemain Kelab Mutiara Bandung, Abraham Yoga 21-16, 21-10 dalam masa 25 minit petang tadi untuk membolehkan beliau mara ke pusingan kelima Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Tangkas Alfamart esok.

Dia yang juga anak kepada jurulatih perseorangan kebangsaan, Datuk Misbun Sidek akan berdepan dengan seorang lagi pemain Indonesia, Panji Akhbar Sudrajat pada jam 2.55 petang.

Momentum kemenangan Misbun Ramdan terus terserlah apabila gandingannya bersama Zulfadli dalam acara bergu lelaki berjaya mencapai kemenangan mudah ke atas pasangan Indonesia, Ghoni Arifiq Malaka/Syarifudin 21-3, 21-9 pada pusingan kedua setelah mendapat bye pada pusingan pertama. Pada pusingan ketiga, gandingan muda negara itu akan bertemu Budi Hartono/Ricky Karanda Suwandi.

Dalam acara perseorangan perempuan, cabaran negara kini digalas Sonia Cheah Su Ya, Ng Florah Siew Fong dan Yang Li Lian yang layak ke pusingan keempat manakala Tee Jing Yi yang diletakkan pilihan kedua kejohanan berputih mata apabila menerima nasib yang sama sepertimana Zulfadli selepas kecundang ditangan Rusydina Antardayu.

DRAW PERLAWANAN (Melibatkan aksi pemain negara)
KEJOHANAN CABARAN ANTARABANGSA TANGKAS ALFAMART INDONESIA
TARIKH: 7/10/2009

PERSEORANGAN LELAKI (Pusingan Kelima)
Misbun Ramdan Misbun lwn Panji Akhbar Sudjarat (Ina) - 2.55 ptg

PERSEORANGAN PEREMPUAN (Pusingan Keempat)
Sonia Cheah lwn Yulia Yosephine (Ina) - 1.45 ptg
Ng Florah Siew Fong lwn Thng Ting Ting (Sin) - 1.45 ptg
Yang Li Lian lwn Noriko Goh (Sin) - 2.20 ptg

BERGU WANITA (Pusingan Kedua)
Ng Florah Siew Fong/Tee Jing Yi lwn Chieh Tai Ching/Ching Tseng Shu (Tpe) - 11.25 pagi
Sonia Cheah/Yang Li Lian lwn Mareta Dwi Handayani/Revi Yandita (Ina) - 12.00 tgh

BERGU LELAKI (Pusingan Ketiga)
Misbun Ramdan/Zulfadli Zukifli lwn Budi Hatono/Ricky Karanda (Ina) - 1.10 ptg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails