Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

17 Disember 2016

Dato' Seri Jalani Sidek kongsi pengalaman sempena Kejohanan Tertutup USIM


Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Hj Mohd Jalani bin Dato' Hj Sidek hari ini meluangkan masa berkongsi pengalaman menerusi Program 'Sharing Experience' sempena Kejohanan Badminton Tertutup USIM yang turut dihadiri coach Norkamal Ahmad.

06 Oktober 2016

Nusa Mahsuri terima kunjung hormat delegasi Thailand


Kelab Badminton Nusa Mahsuri menerima kunjungan hormat dari delegasi Persatuan Badminton Thailand.

Delegasi seramai tiga orang yang diketuai oleh Dato' Dr Somsak Leeswadtrakul berkesempatan mengadakan pertemuan sambil bertukar-tukar fikiran mengenai pembangunan badminton dengan Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

20 September 2016

Jalani, Razif meriahkan Program 'Meet & Greet Telekom Malaysia


BERSEMPENA Kempen Merdeka TM Sehati Sejiwa, Telekom Malaysia telah menjemput dua lagenda badminton negara dari keluarga Sidek Brothers sebagai temu khas dalam satu Program Hero Sukan Malaysia (Meet & Greet) hari ini.

Kedua-dua lagenda, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Dato' Mohamad Razif Dato' Haji Sidek bukan sahaja beramah mesra dengan peminat tetapi juga diundang membicara dan berkongsi pengalaman tentang kejayaan mereka menjulang Piala Thomas di Stadium Negata pada tahun 1992.

17 Ogos 2016

Salim Samion dilantik Consulant Coach bimbing pemain Universiti Konan, Jepun


DALAM rangka persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di peringkat universiti, jutulatih Salim Samion sekali lagi dilantik sebagai Consultant Coach untuk membimbing barisan pemain Universiti Konan yang terletak di Kobe, Osaka.

Kejohanan yang lazimnya diadakan pada setiap tahun itu menjadi medan pemilihan untuk membentuk barisan pelapis negara Matahari Terbit.

"Ini merupakan tahun ke sembilan, saya diberi penghormatan Universiti Konan untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemainnya," tegas Salim dengan nada ringkas sebaik sahaja tiba dan menemui para pemain universiti berkenaan.

02 Ogos 2016

Rashid Sidek ikut jejak langkah abang rangkul gangsa Olimpik


Selepas kejayaan abang-abangnya, Razif dan Jalani, kini muncul seorang lagi anak Dato' Hj Sidek iaitu Abdul Rashid memperagakan sentuhan cemerlang pada kancah Sukan Olimpik.

Pada temasya Sukan Olimpik Atlanta 1996, Rashid mencipta nama sebagai pemain badminton perseorangan pertama Malaysia memenangi pingat gangsa selepas menundukkan juara dunia dari Indonesia, Heryanto Arbi.

Kejayaan ini terus mengekalkan penguasaan dan dominasi keluarga Sidek Brothers di pentas Sukan Olimpik apatah lagi ketika itu dia dibimbing sendiri abang sulungnya, Misbun.

 Pada tahun berikutnya, Rashid sekali lagi mengharumkan nama negara apabila buat julung kalinya dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia.

Shuttle drill practice by Dr Misbun Sidek

01 Ogos 2016

Razif dan Jalani cipta sejarah atlet pertama negara raih pingat Olimpik

Razif dan Jalani Sidek ceria genggam pingat gangsa.
Razif dan Jalani bersama Tan Sri Eylas Omar.
Gandingan adik beradik, Mohamed Razif Dato' Hj Sidek dan Mohd Jalani Dato' Hj Sidek melakar sejarah apabila muncul atlet pertama Malaysia memenangi pingat pada Sukan Olimpik.

Mereka merangkul pingat gangsa pada temasya itu yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada tahun 1992. Kejayaan ini dicapai selepas keduanya berjaya meloloskan diri ke gerbang separuh akhir sebelum tunduk kepada pasangan Korea Selatan, Park Joo Bong dan Kim Moon Soo.

Dalam sejarah karier sebagai pemain badminton dunia, Razif dan Jalani meripakan antara empat pasangan terbaik dunia pada era 80-an hingga 90-an selain Joo Bong/Moon Soo, Rudy Gunawan/Eddy Hartono dan Tian Bingyi/Li Yongbo.

07 Julai 2016

Dato' Lee Chong Wei beraya bersama sifu


Pemain No.1 Dunia, Dato' Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo melakukan kunjung hormat dan beraya bersama sifu,  Datuk Dr Misbun Sidek di kediamannya hari ini.

Kehadiran tanpa diduga kedua bintang yang pernah diasuh Dr Misbun turut disertai dengan dua cahayamata lelaki mereka, Kingston Lee dan Terrance.

15 Mei 2016

Datin Latifah Sidek Tokoh Ibu AMF Women and Mothers Appreciation Day


Datin Latifah Sidek telah terpilih menerima Tokoh Ibu bersempena AMF Women and Mothers Appreciation Day anjuran Asean Mosque Festival yang diketuai Pengerusinya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin.

Penghargaan ini disampaikan Isteri Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeti Sabah, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni. Turut hadir ialah isteri TYT Duta Indonesia ke Malaysia, Ibu Ratna Andarwaty.

10 Mei 2016

Nur Hidayah pilihan hati Misbun Shawal akhiri zaman bujang


MISBUN Shawal Misbun, anak teruna lagenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek mengakhiri zaman bujang dengan memilih Nur Hidayah Mohamed sebagai teman hidupnya.

Dengan berwalikan ayahanda mertuanya sendiri sambil disaksikan keluarga terdekat, Misbun Shawal dan Nur Hidayah disahkan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.

Nur Hidayah menerima mas kahwin RM300 berserta tujuh dulang hantaran berbanding sembilan.

Kedua-dua mempelai kemudiannya diraikan dengan majlis resepsi perkahwinan di dua lokasi berbeza. Pihak sebelah perempuan telah mengadakan majlis tersebut di sebuah dewan di Keramat pada 7 Mei lalu diikuti sebelah lelaki telah berlangsung sehari berikutnya.

Pada majlis sebelah lelaki yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM Kuala Lumpur kelihatan ramai tetamu VVIP hadir memeriahkan suasana. Antaranya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'Seri Jamil Khir Baharom, Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, Wakil Presiden Persatuan Badminton Thailand, Encik Tessana, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Dato' Al-Amin Abdul Majid, Tan Sri Abd Karim Munisar, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Badrul Hisham Othman, Pendaftar Pertubuhan Belia KBS, Dato' Madzrib Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS, Dr. Ghani Yusof.

Paling mencuri tumpuan ialah kehadiran kedua-dua anak didik Datuk Misbun iaitu Dato' Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo. Nyata aura dimiliki Chong Wei yang baru sahaja menjuarai Kejohanan Badminton Asia baru-baru ini cukup berbisa apabila dikerumuni para peminat dari awal hingga akhir beliau melangkah keluar dewan. Ditambahkan pula penampilan lima Sidek Brothers terdiri daripada Datuk Misbun sendiri, Dato' Seri Jalani, Dato' Razif, Haji Rahman dan Haji Rashid.






08 Mei 2016

Kunjungan hormat Persatuan Badminton Thailand ke Nusa Mahsuri


PERSATUAN Badminton Thailand telah melakukan kunjungan hormat ke Nusa Mahsuri dengan menemui Datuk Dr Misbun Sidek lewat petang tadi.

Ia diketuai Pendaftar Mr. Tassana Phuksapisalsip mewakili Presiden Persatuan Badminton Thailand. Turut hadir ialah jurulatih Mr. Udom.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails