Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 April 2017

Datuk Misbun Sidek serikan Kejohanan Badminton KBS-MBM


Datuk Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek menghadiri dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Badminton Persahabatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - Majlis Belia Malaysia (MBM) yang verlangsung di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan petang tadi. 

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KBS, Dato' Lokman Hakim Ali, Setiausaha Agung MBM, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Azura Hj Sarbin. 

Kejohanan selama sehari suntuk disertai 10 pasukan termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri, Sekretariat Sukan Sea dan Majlis Belia Malaysia sendiri selaku host. 

Team ISN dinobatkan sebagai juara acara berpasukan selepas mengenepikan cabaran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan 3-1 pada pentas final. Manakala acara individu perseorangan dimenangi wakil MSN selepas menundukkan wakil Sekretariat Sukan Sea.

28 April 2017

Nasi Lemak serikan majlis ulangtahun kelahiran Misbun Shawal


Birthday boy, Misbun Shawal Misbun malam ini dirai ahli keluarga dan pemain kelab dalam satu majlis yang cukup meriah dan riuh rendah.

Paling menarik ialah nasi lemak dan pulut durian menjadi hidangan utama pada majlis ini sambil diserikan dengan kehadiran ayahanda dan bonda Shawal, Datuk Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek.

Selamat ulangtahun kelahiran ke-27 buat Misbun Shawal Misbun


Pengurusan Nusa Mahsuri ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran (Happy Birthday) ke-27 buat pemain kelab, Misbun Shawal Misbun pada hari ini.

Moga sentiasa berada dibawah lindungan Allah s.w.t, , dimurahkan rezeki dan beroleh segala impian yang dihajati, insyaallah.

27 April 2017

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-30 buat Datuk Misbun dan Datin Latifah


Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke-30 buat Datuk (Dr) Misbun Sidek dan Datin Latifah Sidek. Mudah-mudahan kedua-duanya sentiasa diberi kesihatan lebih baik, dilimpahi kebahagiaan hingga ke Jannah bersama keluarga tercinta.

05 April 2017

Great talent badminton of India - Mekhla Ambekar

Mekhla Ambekar: Bakat besar dari India pamer prestasi menakjubkan


Bintang cilik dari India, Mekhla Ambekar yang pernah menjalani latihan selama berminggu-minggu sambil ditemani ayahnya, Sachin di Nusa Mahsuri kini boleh menarik nafas lega apabila sudah menunjukkan prestasi menakjubkan dengan mencatatkan pencapaian cemerlang dalam siri kejohanan peringkat negeri di negara yang sinonim dengan panggilan bollywood itu.

Mekhla 14 tahun yang ingin mengikuti jejak langkah idolanya . P V Sindhu tidak menunggu lama untuk mengungguli pelbagai kategori umur apabila menempa nama sebagai juara perseorangan bagi bawah 15 tahun du Kejohanan Daerah Mumbai Suburb diikuti Bawah 17 tahun dengan kejayaan muncul sebagai naib johan pada kejohanan yang sama.

Mekhla turut menampilkan aksi nemukau pada kejohanan badminton peringkat Negeri Maharashtra dengan kejayaan mara ke separuh akhir. .

Beliau yang memilih badminton sebagai sukan pilihan mengakui disiplin adalah elemen penting sepanjang penglibatannya sebagai pemain badminton.

Kejayaan dikecapi selama ini dianggapnya satu permulaan bagi merealisasikan impiannya untuk mewakili India satu hari nanti dan bercita-cita besar untuk menjadi atlet badminton India pertama memenangi pingat emas di temasya Sukan Olimpik.

Latihan intensif dan aksi perlawanan di Nusa Mahsuri

04 April 2017

Makan malam bersama Dato' Seri Jalani Sidek disambut meriah

w

Makan Malam bersama Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek disambut meriah di Kotak Besi Cafe pada semalam.

Selain mengadakan sesi 'talk', Dato' Seri Jalani turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang satu kejohanan di Kampung Sungai Kelambu, Banting serta menandatangani otograf dan bergambar bersama peminat.

Turut hadir ialah coach Shamsul Anuar Adnan dan Norkamal Ahmad.

#makanmalam
#jalanisidek

01 April 2017

Majlis makan malam bersama Dato' Seri Jalani Sidek malam esok


Satu majlis makan malam bersama lagenda badminton negara, Dato' Seri Hj Mohd Jalani Dato' Hj Sidek akan berlangsung di Kotak Besi Cafe, Kampung Sungai Kelambu malam esok.

Antara aturcara pada majlis itu ialah sesi 'Talk & Clinical' serta sesi bergambar dan otograf.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails