DELEGASI Nusa Mahsuri (NMBC) diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek berkesempatan mengunjungi kediaman Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Encik Ghani Abd Rahman di Nilai Impian, Negeri Sembilan sempena Jamuan Rumah Terbuka Majlis Hari Raya Aidilfitri beliau kelmarin.


Selain Misbun, ia turut disertai Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Abd Rahman Dato' Sidek, Haji Roslin Hashim dan beberapa pemain remaja NMBC. Turut hadir ialah Pegawai Sukan Bahagian Pembangunan Sukan kementerian berkenaan, Encik Shamsul Anuar.