Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

26 Februari 2016

Maxbolt maju setapak lagi dengan beg raket galas (back pack bag)


Meskipun baru diperkenalkan kepada umum, Maxbolt maju setapak lagi dengan mengeluarkan produk terbaharu berupa beg raket galas (racket back pack bag) yang cukup sesuai untuk para pemain badminton memasukkan banyak raket dan keperluam lain termasuk pakaian.

 Ia didatang dalam dua bentuk besar dan sederhana dengan harga berpatutan.

17 Februari 2016

Selamat Ulangtahun Kelahiran Misbun Sidek & Latifah Sidek




PIHAK pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran @ Happy Birthday buat Datuk Dr. Haji Misbun Dato’ Sidek kali ke-56th dan isteri tercinta, Datin Latifah Sidek (53rd) pada hari ini bersamaan 17 Februari 2016.
Mudah-mudahan kehadiran tarikh bermakna ini akan memberi iltizam serta kekuatan buat Datuk Misbun dan Datin Latifah dalam mengharungi kehidupan mendatang bersama famili tercinta selain sentiasa diberikan kesihatan baik dan dimurahkan rezeki.
HAPPY BIRTHDAY!

12 Februari 2016

Misbun Sidek terima kunjung hormat Presiden Yonex Co.Ltd di Jepun


Lagenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Sidek dan isteri, Datin Latifah Sidek menerima kunjungan hormat Presiden of Yonex Co., Ltd, Ben Yoneyama dan isteri semasa sesi penggambaran  slot  khas Program "The Miracle lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children"  yang dikendalikan NHK BS1 baru-baru ini.

Dr Misbun berada selama 10 hari di negara Matahari Terbit sebagai memenuhi jemputan stesen TV nombor satu Jepun itu  dan slot program dijangka disiarkan pada pertengahan Mac depan.

06 Februari 2016

Sekalung tahniah buat Datuk Jamil Salleh terima Darjah SSAP yang membawa gelaran Dato' Sri


Pengurusan Kelab Badminton Nusa Mahsuri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Yang Berbahagia, Datuk Jamil Salleh diatas penerimaan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang DYMM Sultan Haji Ahmad Shah.

Ucapan tahniah ini juga dituju kepada Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS YM Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri diatas penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ysng membawa gelaran Dato'.

04 Februari 2016

Misbun Sidek terpilih Ikon Jurulatih Badminton Terbaik Dunia oleh Stesen NHK Jepun


DATUK Dr Misbun Sidek terpilih sebagai ikon jurulatih terbaik di Dunia bagi sukan badminton oleh sebuah stesen televisyen terkemuka Jepun.

Ekoran pemilihan itu, Datuk Misbun  telah dijemput ke negara Matahari Terbit  selama 10 hari mulai Selasa lalu bagi menghadiri sesi penggambaran bagi slot  khas Program "The Miracle lesson - Some strongest coaches of the world and Japanese Children" yang dikendalikan TV NHK BS1.

Sewaktu dihubungi, Datuk Misbun berkata, beliau dipilih mewarnai program itu berdasarkan komitmen dalam memperjuangkan sukan badminton menerusi usaha melatih para pemain bermula dari akar umbi hingga ke peringkat dunia.

" Sepanjang berada disini, saya telah diberi tugasan untuk mengadakan satu program khas bagaimana untuk kaedah melatih barisan pemain di peringkat asas hinggalah lanjutan sambil ditemuramah  secara eksklusif oleh barisan wartawan TV NHK.

" Mereka akan mengambil video dari semua sudut  bagaimana saya melatih pemain-pemain menerusi rangsangan, memupuk, memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada bakat-bakat baru untuk menjadi pemain yang hebat.

Selain badminton, ujar Datuk Misbun, pihak NHK telah pun selesai menyiarkan episod bagi ikon terpilih dari acara sukan basketball dan bolasepak.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails