Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

17 Mei 2015

Perlawanan persahabatan Team Sutera dan Nusa Mahsuri meriah


Team Kelab Sutera yang diketuai Datin Paduka Umie Aida telah melakukan kunjung hormat dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Team Nusa Mahsuri sebentar tadi.

Turut memeriahkan aksi perlawanan ialah kehadiran Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Sidek, Datuk Dr. Misbun Sidek, pemain kebangsaan, Arif Latif dan Fizz Fairuz dengan ditemani isteri tercinta, Almy Nadia.

04 Mei 2015

Tempat ketiga pengubat duka dalam jelajah kejohanan di Amerika Latin

KEJAYAAN menduduki tempat ketiga di Kejohanan Badminton Antarabangsa Chile gandingan Misbun Shawal Datuk Misbun dan Ridzwan Rahmat  menjadi pengubat duka buat team Nusa Mahsuri dalam siri jelajah kejohanan badminton antarabangsa di Amerika Latin.

Pada kejohanan tersebut, kesemua pemain perseorangan Nusa Mahsuri yang terdiri daripada Misbun Ramdan Datuk Misbun, Muhammad Ziyad Md Tah, Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal melalui saat-saat duka apabila tewas pada pusingan awal. Cuma Ziyad sahaja dilihat menunjukkan peningkatan prestasi selepas berjaya melepasi pusingan kelayakan dan menggapai pusingan kedua kejohanan.

Sebelum itu, team Nusa Mahsuri turut menyertai Kejohanan Cabaran Antarabangsa Peru dan keputusan dicapai para pemain agak kurang memberangsangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails