Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

25 Disember 2011

Haafizh, Bhirentha ungguli pertandingan badminton remaja MBPJ/Nusa Mahsuri 2011

Oleh: Blackros

DEMI memartabatkan sukan badminton di peringkat akar umbi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) telah menganjurkan satu pertandingan Badminton Program Remaja 2011 yang berakhir di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Kelana Jaya sebentar tadi.

Pertandingan selama dua hari bermula jam 9.00 pagi kelmarin itu terbahagi kepada beberapa kategori umur:
Bawah 10 Tahun
Bawah 12 Tahun
Bawah 15 Tahun
Bawah 18 Tahun

Penyelaras Program, Puan Zainah Karim berkata, atas kesedaran betapa pentingnya kewujudan lebih banyak pertandingan di kawasan Petaling Jaya malah turut memberi peluang kepada bakat-bakat remaja mempamerkan prestasi ke tahap lebih tinggi lagi.

"Pihak kami cukup teruja dengan sambutan hangat dan jumlah penyertaan yang diterima dikalangan remaja yang bermastautin di sekitar Petaling Jaya. Ini sekaligus memenuhi objektif pertandingan"ujarnya.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MBPJ, Tuan Haji Syed Abd Malik Syed A Hamid Al-Jafree. Hadir sama ke majlis tersebut ialah lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek, Haji Jalani Dato' Sidek dan Penolong Pengarah Kanan Sukan dan Kemudahan Awam MBPJ, Puan Zaharah Rustam.

Berikut diumumkan senarai para pemenang pertandingan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri 2011:

PERSEORANGAN LELAKI
Bawah 10 Tahun
Johan: Wong Zheng Wei
Naib Johan: Ter Chun Long
Separuh Akhir: Amir Hakimi, Muhd Hafizuddin Haslmy

Bawah 12 Tahun
Johan: Jhotiswaran
Naib Johan: Muhd Norzaihani
Separuh Akhir: Muhd Haziq Azmi, Nur Azizul Ikhmal

Bawah 15 Tahun
Johan: Ong Sew Yi
Naib Johan: Muhd Izzuddin
Separuh Akhir: Muhd Haziq, Muhd Aiman

Bawah 18 Tahun
Johan: Haafizh Noor
Naib Johan: Victor Ong
Separuh Akhir: Shakier, Nabil Syahmi

PERSEORANGAN WANITA
Bawah 12 Tahun
Johan: Nur Ernisa
Naib Johan: Kristie Choo
Separuh Akhir: Lai Yi Xuan, Nurul Farisha

Bawah 18 Tahun
Johan: Bhirentha
Naib Johan: Siti Nabihah Rahman
Separuh Akhir: Farisha, Shalene Namesevayam

BERGU WANITA
Bawah 18 Tahun
Johan: Farisha/Bhirentha
Naib Johan: Nur Ernisa/Shalene
Separuh Akhir: Uni Najiha/Farh Lia, Siti Nabila/Fairuz

BERGU LELAKI
Bawah 12 Tahun
Johan: Jhotiswaran/Muhd Nurzahani
Naib Johan: Anwar Shahril/Muhd Ariff
Separuh Akhir:
Lok Chong Meng/Wong ZhengWai,
Amir Hakim/Abd Rahim

Bawah 15 Tahun
Johan: Muhd Izzuddin/Nor Afizi
Naib Johan: Raja Iman Petra/Zamirul
Separuh Akhir:
Faris/Safwanuddin
Yu Zheng Yang/Yong Wai Fong

Bawah 18 Tahun
Johan: Victor Ong/Loh Chong Yip
Naib Johan: Nor Afizi/Sung Ling
Separuh Akhir:
Haafizh/Izzuddin
Rafidi/Shakier

Untuk melihat paparan foto-foto menarik mengenai pertandingan ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails