Pengikut


Pakaian sukan rasmi terbaru Nusa Mahsuri BC

Team Tokai, Jepun bersama Datuk Misbun Sidek dan jurulatih Nusa Mahsuri semasa menjalani latihan di Malaysia pada 23-26 Disember 2011 lalu.

Para pemenang Kejohanan Badminton Remaja MBPJ/Nusa Mahsuri ceria selepas menerima hadiah masing-masing di Kompleks Sukan Kelana Jaya baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato' Borhan Dolah (kiri Datuk Misbun) menyeri dan merasmikan penutupan Kem Bakat Badminton peringkat WP Labuan pada 13 November 2011.

18 Disember 2011

Dr Ghani Yusof rasmi penutup Latihan Sukan Teras Badminton JBS WPKL


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

LEBIH 30 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sekitar Kuala Lumpur telah selamat menamatkan latihan Program Khidmat Latihan Sukan Teras (KELAS) Badminton yang berakhir di Kompleks Sukan Kelana Jaya tengahari tadi.

Program yang bermula dari 1 Oktober 2011 lalu dianjurkan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah JBSWPKL, Dr. Ghani Yusof. Turut hadir sama ialah Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Mohd Jalani Dato' Sidek, Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan Pegawai Pembangunan Sukan JBSWPKL, Zainal Kinto.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails