Pengikut


Pakaian sukan rasmi terbaru Nusa Mahsuri BC

Twitter


Datuk Misbun Sidek menyampaikan amanat terakhir kepada para jurulatih yang menyertai Klinik Kejurulatihan Asas KBS-Nusa Mahsuri di IKBN Kinarut pada 2-4 Mac 2012 lalu.

Para peserta Klinik Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri Siri I tekun menerima tunjukajar daripada Datuk Misbun di Inspen Putrajaya pada 9-11 Mac 2012 lalu.

12 Disember 2011

68 kanak-kanak sertai Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting Kuala Langat


KELAB Badminton Nusa Mahsuri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Kolej Matrikulasi Selangor buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Kem Bakat Badminton Edisi Khas Banting, Kuala Langat yang berakhir semalam.

Kem selama tiga hari itu itu telah berjaya menarik penyertaan seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia 9 - 13 tahun sekitar Daerah Kuala Langat.

Program yang berteraskan pengisian model latihan khusus sukan badminton telah diselaraskan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dan Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Kehadiran kedua-dua lagenda yang juga anak kelahiran Banting nyata menyuntik semangat dikalangan para peserta yang cukup teruja menerima latihan dengan penuh bersemangat.

Ia sekaligus memenuhi objektif program yang bertujuan menyeimbangkan pembangunan sukan badminton dengan lebih tersusun di Daerah Kuala Langat hingga ke peringkat akar umbi selain mendedahkan golongan kanak-kanak kepada teknik permainan asas badminton dengan sistem permainan yang betul.

Program itu turut mendapat kerjasama dari pelbagai agensi termasuklah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Khidmat Pengurusan MDKL, Encik Miskon Haji Karim yang mewakili Yang DiPertua MDKL.


Nota: Untuk melihat lebih banyak foto menarik mengenai kem ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails