Pengikut


Pakaian sukan rasmi terbaru Nusa Mahsuri BC

Twitter


Datuk Misbun Sidek menyampaikan amanat terakhir kepada para jurulatih yang menyertai Klinik Kejurulatihan Asas KBS-Nusa Mahsuri di IKBN Kinarut pada 2-4 Mac 2012 lalu.

Para peserta Klinik Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri Siri I tekun menerima tunjukajar daripada Datuk Misbun di Inspen Putrajaya pada 9-11 Mac 2012 lalu.

27 Disember 2011

9 pemain Tokai Jepun jalani latihan di Nusa Mahsuri

SERAMAI 9 pemain remaja Persekutuan Badminton Tokai, Jepun telah menjalani latihan pesat selama tiga hari di Nusa Mahsuri sebagai persediaan menghadapi beberapa siri kejohanan peringkat kebangsaan negara Matahari Terbit itu.

Sepanjang tempoh berada disini, delegasi Tokai yang diiringi Pengurus Besar Gifu BA, Tanaka Tsunetaka dan Ketua Jurulatih, Iwasawa Takeshi telah menerima bimbingan dan sentuhan khusus daripada lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Misbun turut dibantu beberapa jurulatih Nusa Mahsuri termasuk dua jurulatih yang berkelana di luar negara iaitu Salim Samion yang kini menjadi Ketua Jurulatih Kebangsaan Norway dan Izuan Ibrahim, Jurulatih Remaja Kebangsaan Jepun.

Ketika ditanya, Misbun yang juga bekas Ketua Jurulatih Perseorangan negara nyata cukup bangga dengan komitmen dan disiplin yang dipamerkan oleh para pemain Jepun sepanjang tempoh latihan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails