Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

31 Disember 2009

Selangor pertahan kejuaraan antara negeri

MENJELANG sambutan Tahun Baru 2010, skuad badminton Selangor mencipta kejayaan gemilang apabila berjaya mempertahankan kejuaraan berpasukan antara negeri Remaja Kebangsaan selepas membenam cabaran Pulau Pinang 7-3 dalam perlawanan akhir yang diadakan pada pagi tadi.

Dari peringkat awal lagi, kejayaan mengutip mata oleh Selangor dilihat datangnya dari barisan perseorangan. Misbun Ramdan Misbun (gambar) yang diletakkan sebagai pemain pertama pasukan nyata telah menggunakan segala pengalamannya beraksi di Kejohanan Badminton Asia dan Dunia baru-baru ini untuk menewaskan Goh Giap Chin dua set terus 21-13, 21-10 dalam masa 22 minit sahaja. Kejayaan ini sekaligus menjadikan Misbun Ramdan bersih dari sebarang kekalahan.

Bagi tempat ketiga, ia telah menjadi hak mutlak pasukan Melaka selepas mencapai kemenangan tipis mengatasi Perak 6-5.

KEPUTUSAN PENUH

KEJOHANAN BERPASUKAN ANTARA NEGERI REMAJA KEBANGSAAN 2009
AKHIR

SELANGOR 7 PULAU PINANG 3
Misbun Ramdan Misbun mn Goh Giap Chin 21-13, 21-10 [22 minit]
Renuka Subramaniam kk Tee Jing Yi 4-21, 6-21 [16 minit]
Soong Joo Ven mn Teh Sheen Yale 21-10, 21-8 [20 minit]
Crysvia Lim kk Cheah Yee See 10-21, 16-21 [20 minit]
R.Sathiestharan mn Cheam June Wei 21-12, 21-15 [20 minit]
A.K. Bhirentha mn Cheah Yee Chek 21-8, 21-8 [16 minit]
Nur Haqiem Ayup/Nur Azriyn Ayup mn Yew Hong Kheng/Tan Yip Jiun 23-21, 22-20 [28 min]
Yang Li Lian/Yap Harn Xin kk Chew Huay Han 23-25, 21-12, 18-21 [40 minit]
Soo Tek Zhi/Woon Mun Chun mn Lin Ming Chuen/Teoh Khai Siang 21-18, 21-14 [25 minit]
Adlina Wahab/Jacqueline Ong Yan Jun mn Ang Ferng Ying/Joyce Choong 21-17, tarik diri
Syawal Ismail/Yap Harn Xin lwn Lim Chun Ming/Chiam Xue Qi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails