Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

22 Disember 2009

30 peserta terpilih ikuti Kem Little Champs Khamis ini

SERAMAI 30 peserta telah terpilih mengikuti Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Kebangsaan bersempena Program Kem Little Champs anjuran Institut Sukan Negara (ISN) yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kemaman, Terengganu mulai Khamis ini.

Program selama empat hari ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah dijalankan oleh KBS menerusi agensinya, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri di 6 zon meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sejak Ogos lalu.

Pada kali ini, para peserta bukan sahaja akan menerima latihan lanjutan sukan badminton oleh barisan jurulatih berpengalaman malah akan didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan asas sebagai seorang juara oleh instruktur dari ISN.

Antara aktiviti yang akan diterap dikalangan peserta kem ialah amalan sains sukan seperti pemakanan, perubatan asas, asas regangan dan psikologi.

Selain badminton, beberapa acara sukan yang akan turut mengambil bahagian ialah memanah, hoki dan bolasepak.

Majlis perasmian Kem Little Champs ini akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga Ahli Parlimen Kemaman pada 8.30 malam; 26 Disember 2009.

Pintu masuk...inilah dewan Kompleks Rakan Muda Kemaman yang akan menjadi gelanggang kem bakat badminton selama empat hari.

Untuk komen/pendapat berhubung artikel diatas, sila sign disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails