Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

11 Disember 2009

Kota Bharu lokasi terakhir Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri


KOTA Bharu menjadi lokasi terakhir program Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Nusa Mahsuri BC.

Program tersebut bakal berlangsung selama tiga hari mulai dari hari ini di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan dan Institut Pengurusan Air Negara Kota Bharu.

Ia akan dikendalikan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim yang kini sudah menerokai karier baru sebagai seorang jurulatih sambil dibantu oleh jurulatih Zulfari Abdullah dan barisan pemain Nusa Mahsuri BC.

Ketua jurulatih program, Datuk Haji Misbun Sidek dan beberapa jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri BC tidak dapat turut serta berikutan penglibatan mereka mengiringi pemain negara ke temasya Sukan Sea Laos yang sedang berlangsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails