Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

07 Disember 2009

Mata berharga Rosmah angkat Bakti juara Piala Perdana 1Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas meraikan kejayaan Bakti pimpinan Datin Seri Rosmah Mansor yang berjaya menundukkan Bakisa dari Sabah 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Perdana 1Malaysia di Seremban semalam. Turut kelihatan ialah Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri, Rahman Datuk Sidek (duduk kiri).

SELEPAS sekian lama diulit kekecewaan, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) akhirnya mampu mengotakan impian mereka untuk muncul juara Kejohanan Badminton Piala Perdana 1Malaysia yang berakhir di Dewan Majlis Perbandaran Seremban semalam.

Pada perlawanan akhir, skuad yang diterajui isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berjaya menumpaskan musuh tradisi, Bakisa dari Sabah dalam perlawanan cukup mendebar yang berakhir dengan keputusan 3-2.

Salah satu mata berharga dicapai menerusi gandingan Datin Seri Rosmah dan Datin Seri Lee Soo Loo yang menewaskan pasangan Datin Seri Panglima Siti Jauyah dan Datin Cindy.

Skuad Bakti dilatih oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri yang diketuai Haji Abdul Rahman Datuk Sidek.

Aksi lincah....kelihatan Datin Seri Rosmah bergandingan Datin Seri Lee Soo Loo pada perlawanan akhir. Jurulatih Nusa Mahsuri, Zulfari (duduk kanan) sedang meneliti perlawanan secara dekat.

Datuk Seri Najib sedang mengalungkan pingat kepada Datin Seri Rosmah dan barisan pemain Bakti sambil diperhatikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Sementara itu, tempat ketiga acara badminton dimenangi pasukan Baiduri dari Perak yang menewaskan Bestari dari Melaka, 3-2.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

KEPUTUSAN PENUH
Bakti 3 Bakisa 2
Bergu Pertama Datin Seri Rosmah Mansor/Datin Seri Lee Soo Loo mn Datin Seri Panglima Siti Jauyah/Datin Cindy
15-11, 8-15, 15-12
Bergu Kedua
Datin Rosnie Ambulsi/Datin Wan Kalsom kk Datin Mojuntin/Datin Mahani Sulaiman
4-15, 1-15
Bergu Ketiga
Datin Khadijah Md Amin/Datin Seri Muhaini kk Datin Maria Johnny/Datin Maliana
0-15, 5-15
Bergu Keempat Datin Seri Diana Dompok/Datin Zuraida mn Datin Rita Mujim/Datin Norlida
6-15, 15-7, 15-12
Bergu Kelima
Datin Seri Utama Maznah Rais/Datin Linda Lee mn Datin Firusa/Datin Diana Wazu
10-15, 15-7, 15-7

Sumber Foto: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails