Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

30 September 2011

Misbun Ramdan akur kehebatan Alamsyah

Bermain dibawah tahap sebenar dan keletihan mengharungi dua perlawanan semalam dilihat antara punca Misbun Ramdan Datuk Misbun terpaksa akur dengan kekalahan kepada Alamsyah Yunus pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, anak kelahiran Jakarta itu nyata berjaya menyerap segala pengalaman luasnya untuk mendominasi permainan dengan mencapai kemenangan 21--16, 21-14 hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Kejayaan ini membolehkan dia mara mara ke separuh akhir untuk bertemu pemenang antara Dionysius Hayom Rumbaka atau Takuma Ueda dari Jepun.

Ketika berita ini ditulis, skuad negara kini hanya memiliki seorang lagi wakil perseorangan lelaki, Chan Kwong Beng yang akan turun ke gelanggang tidak lama lagi menentang jaguh tuan rumah, Tommy Sugiarto.

Selain Kwong Beng, cabaran negara masih diteruskan oleh pasangan Vivian Hoo Kah Mun.Woon Khe Wei menerusi bergu wanita dan Ow Yao Han/Tan Wee Kiong (bergu lelaki).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails