Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

27 September 2011

62 bakat muda sahut cabaran Kem Bakat Badminton Sarawak

SELEPAS menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengorak langkah berkunjung ke Miri untuk peringkat Negeri Sarawak.

Kunjungan buat pertama kalinya ke salah satu bahagian terbesar di negeri Bumi Kenyalang itu telah menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila seramai 62 bakat muda berjaya menamatkan latihan program tersebut dengan jayanya yang berlangsung di Dewan Permai, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Rata-rata peserta yang mengikuti program begitu teruja dengan latihan yang dikendalikan oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri.

Majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, YB Dennis Ngau. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Puan Fazulia Zulkifli.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails