Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

29 September 2011

GP Emas Terbuka Indonesia 2011: Kejutan terbesar Ramdan tumbangkan Daren

KEJUTAN terbesar tercipta hari kedua Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Indonesia apabila Misbun Ramdan Datuk Misbun menyingkir awal pemain senior kebangsaan, Liew Daren di Gor Bulutangkis Palaran Samarinda, Kalimtan Timur pada awal pagi ini.

Anak kepada lagenda badminton negara Datuk Misbun Sidek itu yang baru disenaraikan menganggotai skuad remaja negara beberapa tahun lalu menang 23-21, 16-10 dalam masa 39 minit.

Pada set pertama, Ramdan seolah-olah dapat menghidu peluangnya untuk memperolehi kemenangan keatas Daren apabila mempamerkan variasi permainan bertenaga dengan mendahului lawan dengan jurang mata sebelum masing-masing bertukar servis ketika mahu menutup permainan set pertama.

Ketika memulakan permainan set kedua, Ramdan tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus menerus menggunakan kesempatan 'lambat panas' Daren untuk mendahului permainan sebelum pemain kelahiran Kuala Lumpur itu menarik diri.

Pada pusingan ketiga, Ramdan akan menentang pemain yang sedang meningkat naik dari Singapura, Robin Gonansa yang terdahului menumpaskan pemain tuan rumah, Fauzi Adnan.

Tahun lalu, Ramdan juga melakukan kejutan ramai peminat di Kalimantan Timur apabila berjaya mengenepikan cabaran pemain berpengalaman tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro dalam perlawanan penentuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails