Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

18 November 2009

Zulfari cemerlang, Ramdan & Sharizal tewas mengejut

PEMAIN yang juga jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) Zulfari Abdullah mempamerkan prestasi cemerlang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

Berdepan dengan rakan senegara, Lim Yu Sheng nyata tidak langsung menimbulkan rasa gerun buat Zulfari sebaliknya kemenangan di mata dius pada set pertama 22-20 telah membangkitkan semangatnya untuk bermain lebih agresif sekaligus memenangi perlawanan tersebut dua set terus dalam masa 33 minit sahaja.

Bagaimanapun kejayaan cemerlang itu gagal dituruti dua lagi wakil NMBC, Sharizal Latip dan Misbun Ramdan yang mengalami kekalahan mengejut dan akur dengan kehebatan permainan lawan masing-masing.

Menguasai set pertama nyata tidak memberi kelebihan kepada Shahrizal dan Ramdan. Kedua-duanya kelihatan hilang arah dan tidak mampu mengekalkan tempo permainan sebagaimana pada set pertama. Mereka tumbang pada dua set berikutnya.

KEPUTUSAN
PUSINGAN PERTAMA
PERSEORANGAN LELAKI
Zulfari Abdullah kk Lim Yu Sheng (Mas) 22-20, 21-16 [33 minit]
Shahrizal Latip kk Allan Tai (Mas) 21-14, 17-21, 16-21 [50 minit]
Misbun Ramdan kk *11 Pisit Poodchalat (Tha) 21-15, 19-21, 11-21 [46 minit]


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails