Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

17 November 2009

Cabaran Malaysia 2009: 4 pemain ketuai cabaran NMBC

Dari kiri, Daphne Ng dan Zulfari yang akan bergandingan dalam acara bergu campuran.

SERAMAI 4 orang pemain Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC) akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia Proton 2009 yang akan berlangsung mulai pagi esok.

Mereka terdiri daripada semifinalis Remaja Asia, Misbun Ramdan Datuk Misbun, Sharizal Latip dan Zulfari Abdullah. Pada acara bergu campuran, Zulfari yang juga jurulatih kelab akan bergandingan dengan Daphne Ng Chiew Yen. Daphne akan turut ke gelanggang bagi acara perseorangan wanita.

Pada kejohanan ini, delegasi NMBC diiringi bekas pemain No.1 dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim yang bertindak sebagai jurulatih.

PUSINGAN PERTAMA
(Melibatkan aksi pemain Nusa Mahsuri sahaja)
TARIKH: 18/11/2009
PERSEORANGAN LELAKI
Mohd Sharizal Latip lwn Allan Tai (Mas) - 10.30 pagi
Zulfari Abdullah lwn Lim Yu Sheng (Mas) - 11.30 pagi
Misbun Ramdan Misbun lwn *11 Pisit Poodchalat (Tha) - 12.00 tgh

BERGU CAMPURAN
Zulfari Abdullah/Daphne Ng Chiew Yen lwn Chen Chung Jen/Chiang Pei Hsin (Tpe) - 5.00 ptg

PERSEORANGAN WANITA
Daphne Ng Chiew Yen lwn Nitchaon Jindapol (Tha) -7.00 petang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails