
Para peserta Kem Bakat begitu gigih menjalani latihan senaman ringan sejak dari jam 6.30 pagi.
SELEPAS Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Puchong, kini Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini berada di Ipoh bagi peringkat zon Perak dan Pulau Pinang.
Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Perak, kem yang mula dijalankan sejak semalam dan akan berakhir lewat tengahari esok dikendalikan barisan jurulatih Nusa Mahsuri diketuai Haji Abd Rahman Dato' Sidek sambil dibantu bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal, Misbun Ramdan, Shahrizal Latip, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat dan Daphne Ng.
Seramai 62 orang peserta mengambil bahagian pada kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan Perak dengan kerjasama Kelab Nusa Mahsuri.
Kelibat Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek tidak kelihatan pada kem kali ini berikutan tanggungjawab beliau sebagai jurulatih negara yang mengiringi Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo ke Kejohanan Super Series Terbuka Hong Kong yang sedang berlangsung sekarang dan Terbuka China pada minggu berikutnya.
Berikut foto-foto menarik diambil pada sesi pagi hari kedua untuk paparan umum.






