Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

08 Mac 2012

Nusa Mahsuri kendali Klinik Kejurulatihan Asas di Putrajaya 9 - 11 Mac

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari mulai esok.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Ini merupakan program kedua dianjurkan oleh KBS. Pada minggu lalu, program ini telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah yang menerima penyertaan seramai 45 peserta.

Antara aturcara yang akan diterapkan dalam program ini ialah kaedah dan modul mengajar, senam cergas, kerja kemahiran, shuttle drill dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails