Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

06 Mac 2012

45 jurulatih membara terima sentuhan ilmu Misbun


Foto Eksklusif: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 45 peserta yang terdiri daripada jurulatih pelbagai peringkat di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan telah berjaya menamatkan latihan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton Siri II dengan cemerlang di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Papar kelmarin.

Bersemangat dengan satu gerakan berpasukan, para peserta kelihatan begitu tekun menerima tunjuk ajar sepanjang tempoh tiga hari daripada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Program yang kembali diperkenalkan bersempena Kem Bakat Badminton KNS-Nusa Mahsuri itu adalah sebahagian susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan yang mahu memastikan barisan jurulatih di peringkat akar umbi diberi bimbingan dan ilmu permainan badminton secara meluas sekaligus dapat membantu bakat-bakat baru mempertingkatkan prestasi masing-masing.

Pada majlis penutup, Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Encik Azmi Ibrahim berkenan berucap dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik Stephen Andreas.

Untuk melihat foto-foto menarik Klinik Kejurulatihan, sila klik disini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails