Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

01 Ogos 2009

Hari Kedua: Gambar Terkini Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri di Terengganu

Banner program Kem Bakat Badminton terpapar di dalam dewan Kompleks JBS Terengganu.Misbun sedang memberi arahan kepada para peserta kem sebelum memulakan latihan."Jika mahu menjadi juara, kamu semua harus rajin berlatih dan tidak curi tulang," mungkin itulah diseloroh Misbun sambil diapit Zulfari.Zulfari sedang melakukan demo didepan Misbun sambil diperhati dengan penuh minat para peserta.Para peserta sedang melakukan smash yang menggambarkan kemenangan selepas penat berlatih didepan Misbun. Sebahagian ahli masyarakat turut hadir memberi sokongan terhadap program Kem Bakat Badminton Zon 2. Turut kelihatan, Datuk Syed Bakar Abdullah, Presiden Persatuan Badminton Terengganu (duduk berkaca mata).Misbun sedang memberi tunjukajar dalam gelanggang kepada para peserta.

DIPAPARKAN gambar-gambar terkini waktu pagi pada hari kedua Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Zon 2 yang melibatkan Terengganu selaku tuan rumah, Kelantan dan Pahang.

Seramai 65 orang peserta telah didaftarkan mengambil bahagian pada program kem bakat kali ini dibawah kendalian Datuk Misbun Sidek dengan dibantu Rahman Sidek, Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Ramdan, Misbun Shawal, Sharizal Latip, Norazman Ramli, Ridzwan Rahmat.

Turut hadir menyaksikan sesi sebelah pagi ini ialah Presiden Persatuan Badminton Negeri Terengganu, Datuk Syed Bakar Abdullah yang juga mantan Ketua Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails