Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Asean Para Games Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

03 Januari 2017

Kunjung hormat KSU KBS ke Nusa Mahsuri


Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), YBhg Dato' Lokman Hakim Ali telah melakukan kunjung hormat ke Kelab Badminton Nusa Mahsuri pada semalam.

Dalam kunjungan itu, YBhg Dato' Lokman Hakim mengambil kesempatan beramah mesra dengan anggota-anggota Nusa Mahsuri diikuti taklimat ringkas operasi kelab yang disampaikan Presidennya, YBhg Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Ketua Jurulatih, YBhg Datuk (Dr) Misbun Dato' Haji Sidek.

Dalam pada itu, beliau turut beraksi pada perlawanan persahabatan yang melibatkan team KBS dan Nusa Mahsuri.

Ini merupakan kunjung hormat pertama YBhg Dato' Lokman Hakim selepas dilantik sebagai Ketua Setiausaha KBS.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara,KBS, YBrs. Encik Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS , YBrs. Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails