Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

20 April 2016

Juarai sirkit remaja kebangsaan satu permulaan menuju puncak kegemilangan buat Fazriq


Fazriq anak kepada lagenda badminton negara, Dato' Mohamad Razif Dato' Sidek muncul juara acara perseorangan dan beregu lelaki kategori Bawah 12 Tahun Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A yang berlangsung di Kangar, Perlis pada minggu lalu.

Kejayaan ini dilihat satu permulaan baik buat Fazriq dalam menuju puncak kegemilangan dan sekaligus mengikut jejak langkah cemerlang Sidek Brothers dalam arena badminton dunia.

Pada malam tadi, Fazriq berpeluang menemui bapa saudaranya, Datuk Dr Misbun Dato' Sidek di kediaman bekas jurulatih Dato' Lee Chong Wei itu sambil bertukar-tukar fikiran dan mendapatkan tips berharga bagi mempertingkatkan tahap permainan supaya lebih konsisten pada masa depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails