Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

18 Oktober 2015

Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal raih gelaran Antarabangsa Mesir 2015


Pasangan Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal Misbun mempamerkan aksi mantap apabila berjaya meraih gelaran dengan menjuarai acara bergu lelaki Kejohanan Badminton Antarabangsa Mesir selepas menewaskan Bahaedeen Ahmad Al Shannik/Mohd Naser Mansour Nayef pada pentas akhir.

Pasangan yang bernaung dibawah Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu bermula garang dengan memenangi set pertama 21-15. Pada set kedua gandingan Jordan kembali menunjukkan aksi lebih agresif menerusi turutan mata yang hampir sama hingga mencatat  kejayaan 21-17 dan sekaligus mengheret ke permainan ke set penentuan.

Ridzwan/Misbun Shawal bagaimanapun bangkit untuk menguasai set ketiga dengan 21-16 bagi membolehkan mereka membawa pulang gelaran pertama di peringkat antarabangsa sejak mula digandingkan bersama.

Terdahulu pada peringkat separuh akhir, Ridzwan/Misbun Shawal telah melakukan kejutan terbesar selepas menundukkan pilihan pertama kejohanan, Ali Ahmed El Khateeb/Abdelrahman Kashkal dari Mesir.

“Sudah pasti sebagai rakyat Malaysia, saya cukup bangga dapat meraih gelaran pertama antarabangsa sejak bergelar pemain professional dan saya berharap  mampu meneruskan kejayaan yang sama pada kejohanan-kejohanan yang berikutnya selepas ini,” kata Ridzwan.

Sementara itu, hasrat Ridzwan untuk mencatatkan kejayaan berganda pada kejohanan ini tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati melangkah ke separuh akhir acara perseorangan lelaki sebelum tunduk kepada pilihan pertama kejohanan, Edwin Ekiring dari Uganda.


Selain Ridzwan dan Misbun Shawal, turut mengambil bahagian pada kejohanan ini ialah Muhammad Ziyad Md Tah sambil diiringi jurulatih Salim Samion.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails