Foto: Lia Murni Misbun
Perlawanan persahabatan antara Nusa Mahsuri dan Kelab Sukan Komuniti Lembah Keramat (Kesumat) telah berlangsung melibatkan 16 gandingan setiap pasukan disambut meriah malam tadi.
Perlawanan yang mencuri tumpuan ialah antara pasangan Datuk Dr Misbun Datuk Haji Sidek dan Kamarul Azlan menentang YB Saari Sungib, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang dan pasangannya. Turut hadir ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Haji Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Haji Rahman Dato' Sidek.