Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

23 Disember 2014

10 pemain Wilayah Tokai tamat latihan intensif di Malaysia



SERAMAI 10 orang pemain Persatuan Badminton Wilayah Tokai, Jepun berjaya menamatkan program latihan intensif selama empat hari yang berakhir sebentar tadi.

Sepanjang berada di Malaysia, kesemua pemain  termasuk Yamakawa Ren, Yoneyama Riku dan Sekiya Yume yang masing-masing telah mewakili wilayah itu ke Kejohanan Badminton High School Seluruh Jepun 2014 nyata begitu teruja dan tekun mengikuti setiap sesi latihan yang dikendalikan oleh Datuk Dr Haji Misbun Dato' Haji Sidek sambil dibantu jurulatih, Salim Samion dan barisan pemain utama Nusa Mahsuri.

Delegasi Tokai kali ini diketuai oleh Naib Presiden Persatuan Badminton Negeri Mie, Hirata Kinya, Pengurus Pasukan, Mr Yamamoto Yasuo dan tiga jurulatih negeri dari Aichi, Shizuoka dan Gifu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails