Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

11 November 2013

Majlis perkahwinan Jalani-Zaleha disambut gilang-gemilang


MAJLIS sambutan Hari Ulangtahun Kelahiran ke-50 dan Perkahwinan Dato' Sri Jalani Datuk Sidek dan pasangannya, Datin Sri Zaleha Mohd Khalid disambut dalam suasana meriah dan penuh gilang-gemilang pada semalam.
Kehadiran anak-anak mempelai yang terdiri daripada Puteri Suraya, Puteri Suaida, Megat Deli, Tengku Awin, Amirul, Nabila dan Nabehah menyerikan lagi suasana majlis yang berlangsung selama 3 jam itu yang dihadiri lebih 800 orang keluarga terdekat dan sahabat handai.

Turut kelihatan ialah kekanda DYMM Sultan Selangor, YAM Tengku Zanariah Sultan Salluddin, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh, Ketua Polis Selangor, Dato' Shukri Dahalan dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dao' Seri Zolkaples Embong.

Selain itu, beberapa celebriti sukan dan seni turut serta. Mereka termasuklah legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek, Razif Dato' Sidek, Rahman Dato' Sidek, Foo Kok Keong, Datuk James Selvaraj, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock dan ramai lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails