Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

17 Julai 2013

Misbun Ramdan teruskan cabaran di Terbuka Kanada


SELEPAS hanya melepasi pusingan ke-3 Kejohanan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu, kini Misbun Ramdan Misbun meneruskan aksi dan cabaran negara pada Kejohanan Grand Prix Terbuka Kanada bermula hari ini.

Diletakkan sebagai pemain pilihan ke-5 kejohanan, Misbun Ramdan akan turun ke gelanggang pusingan pertama menentang pemain tuan rumah, Calvin Che. Andai berjaya mengatasi cabaran itu, beliau akan berdepan pula Siraroj Phanpuchara atau Timothy Lam. Kedua-duanya dari Amerika Syarikat. Jika terus cemerlang, menanti cabaran Misbun Ramdan pada pusingan ke-3 dijangka pilihan ke-14, Arvind Bhat dari India. Pada suku akhir, Misbun Ramdan diramal tidak menghadapi saingan sengit kerana akan berdepan pemain tidak ternama. Cabaran separuh akhir adalah detik cukup memeritkan buat Misbun Ramdan apabila diundi menentang sama ada Suppanyu Avihingsanon (THA), Zulfadli Zulkifli (MAS) atau Eric Pang (NED).

Untuk mengikuti perkembangan dari masa ke semasa kejohanan ini, sila layari Facebook: nusamahsuri atau twitter: @nusamahsuri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails