Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

24 Mei 2013

8 pasukan bersaing rebut Piala Foo Kok Keong


KIRA-KIRA lapan buah pasukan dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Jemputan Piala Foo Kok Keong bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM35,800.

Kejohanan bersempena nama bekas jaguh badminton negara itu dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama selama tiga hari bemula hari ini di Kelab Shah Alam

Pada satu sidang media, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan  menegaskan, penganjuran kejohanan itu adalah sebagai menghargai jasa bekas anak jati Selangor yang telah mengharumkan nama negeri dan negara menerusi arena badminton.

"Semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa telah dibuktikan oleh Kok keong dan rakan-rakan sehingga mampu menjulang Piala Thomas pada tahun 1992. Justeru, MBSA menjemput orangramai dan para peminat badminton untuk datang menyaksi kehebatan kejohanan ini,"ujarnya.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang dijangka akan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Ahad ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails