![]() |
Datuk Misbun Sidek |
SELEPAS Labuan dan Kedah, Kem Bakat Badminton akan bertandang ke Kuantan bagi peringkat Negeri Pahang selama tiga hari bermula 7 Disember ini.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang, Indera Mahkota.
Seramai 60 bakat baru dijangka mengambil bahagian dan berpeluang menerima tunjuk ajar daripada bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek (gambar) dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.