Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

02 Jun 2012

Kem Bakat Badminton kembali temui bakat baru 8 Jun

SELEPAS sebulan berehat ekoran komitmen menjayakan Himpunan Jutaan Belia Negara yang berlangsung di Putrajaya minggu lalu,  Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan kembali menemui bakat-bakat baru mulai 8 Jun depan.

Pada tarikh berkenaan, program kendalian legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek akan berkunjung ke Perlis untuk tempoh tiga hari dimana Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Perlis telah dipilih sebagai venue latihan.

Bagi bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun sekitar negeri tersebut yang berminat untuk menyertai program ini boleh memperolehi info lanjut menerusi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di talian 04-9793505.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails