Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

02 April 2012

Bakat muda Kelantan terima latihan Misbun



Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji bermula 29 Mac 2012 lalu.

Program selama tiga hari yang bermula dari jam 6.30 pagi menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi latihan senam cergas, latihan kemahiran, shuttle drill, latihan bayangan dan bermacam-macam lagi yang dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek yang turut dibantu barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri.

Jurulatih-jurulatih kelab profesional pertama negara yang turut terlibat sama ialah bekas pakar bergu negara, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Haji Hashim.

Seramai 69 bakat-bakat muda seluruh negeri Cik Siti Wak Kembang telah mengambil bahagian termasuk dari dari Jajahan Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Majlis perasmian penutup kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Nusa Mahsuri itu telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Kelantan, Encik Md. Sulji Zakaria. Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

*Untuk melihat foto-foto menarik mengenai kem di negeri ini, sila klik ke ruangan Foto laman Facebook: Kem Bakat Badminton.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails