Pengikut


Pakaian sukan rasmi terbaru Nusa Mahsuri BC

Twitter


Datuk Misbun Sidek menyampaikan amanat terakhir kepada para jurulatih yang menyertai Klinik Kejurulatihan Asas KBS-Nusa Mahsuri di IKBN Kinarut pada 2-4 Mac 2012 lalu.

Para peserta Klinik Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri Siri I tekun menerima tunjukajar daripada Datuk Misbun di Inspen Putrajaya pada 9-11 Mac 2012 lalu.

14 November 2011

Labuan tutup tirai Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2011


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton yang berakhir di Kompleks Sukan JBS Labuan kelmarin merupakan destinasi terakhir dalam siri kalendar aktiviti anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri sepanjang tahun 2011.

Kira-kira 15 destinasi telah terpilih dalam penganjuran program ini yang bermula Kuala Kubu Baharu bagi peringkat Negeri Selangor diikuti Johor (Larkin), Kedah (Baling), Negeri Sembilan (Seremban), Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Batu Uban), Perak (Ipoh), Pahang (Rompin), Perlis (Kangar), Melaka (Tanjung Kling), Kuala Lumpur (Serdang), Terengganu (Kemaman), Sarawak (Miri), Sabah (Kota Kinabalu dan akhir sekali Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Labuan, seramai 53 bakat baru menggalas cabaran selama tiga hari bermula 11 November 2011 lalu.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato' Borhan Dolah.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Borhan menyeru kepada semua peserta yang menjadikan program ini sebagai landasan untuk memperbaiki kualiti permainan dan sekaligus dapat mewakili negara suatu hari ini.

"Berkat bimbingan jurulatih berpengalaman seperti Datuk Misbun Sidek, saya berharap para peserta akan mengamalkan segala ilmu yang diterima untuk berjaya dalam sukan ini pada masa depan."ujarnya.

Turut hadir di majlis penutup ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tuan Mohd Faizul Helmee Mohd Sab, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, YM Engku Musa Sayed Mohd dan Puan Fazulia Zulkifli.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails