Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

10 Oktober 2011

Orang ramai serbu Kem Bakat Sabah


Foto Eksklusif Oleh: LIA MURNI MISBUN

SAMBUTAN yang diterima Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri ketika berkunjung ke Sabah cukup memberangsangkan apabila orang ramai saban waktu membanjiri persekitaran venue di Kompleks Belia dan Sukan Sabah dekat Putatan dari awal hingga berakhir majlis penutup kem tengahari tadi.

Kehadiran lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek disamping Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain No.1 Dunia, Haji Roslin Hashim sepanjang kem berlangsung nyata menarik perhatian orang ramai hadir dikala satu karnival belia peringkat negeri diadakan pada masa yang sama.

Program selama tiga hari itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara turut menerima kunjungan tidak disangka daripada Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Dibawah Bayu yang berpeluang melihat aksi demo oleh Datuk Misbun dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dollah dan Pengarah JBSN Sabah, Haji Dahali Haji Matsin.

Seramai 65 bakat muda berusia 9 - 12 tahun dari beberapa daerah di Sabah termasuk Beaufort, Kudat, Pantai Barat dan Ranau menyertai program tersebut.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails