Lagenda Badminton Negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek (foto) dijangka akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri 'berkampung' selama tiga bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Program selama tiga tersebut yang bermula esok akan diadakan di Kolej Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Difahamkan seramai 60 orang bakat baru berusia 9-12 tahun di sekitar Kuala Lumpur akan mendaftarkan diri di meja urusetia esok.
Keterangan lanjut berhubung kem itu, sila berhubung terus dengan Encik Zainal Kinto dari Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur di talian 019-6071003 atau 03-20940990.
