Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

20 Jun 2011

Kem Bakat Badminton Perak: 61 peserta cilik terima pendedahan


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN
BAGI meneruskan kesenimbungan dikalangan bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengadakan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri selama tiga hari yang berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Ipoh semalam.

Kem yang membabitkan penyertaan seramai 61 peserta adalah bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada sistem permainan yang betul disamping mengenal pasti bakat-bakat baru untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi.

" Pengelolaan kem seumpama ini bukan sahaja memberi faedah berguna kepada para peserta malah mampu melahirkan pemain-pemain yang berkualiti untuk mewakili daerah dan seterusnya negeri Perak pada masa depan," ujar Pegawai Pembangunan dan Kemajuan Sukan JBS Negeri, Encik Nor Azam Mohd Noh semasa berakhir majlis penutup program tersebut.

Majlis penutup program selama tiga hari telah disempurnakan oleh Encik Munir Aliyasak, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda JBS Perak. Turut hadir ialah Datuk Misbun Dato' Sidek yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Program dan Haji Mohd Jalani Dato' Sidek, Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Dalam ucapannya, Encik Munir merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Nusa Mahsuri terutama Datuk Misbun kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam mendalami aspek permainan sukan badminton.

" Saya sangat berharap program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Saya juga difahamkan ramai ibu-bapa telah datang sejak dari hari pertama lagi untuk memberi dorongan kepada anak masing-masing mengikuti program kem ini." katanya.


Untuk mendapat foto-foto menarik Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri ini, sila klik disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails