Pengikut


Pakaian sukan rasmi terbaru Nusa Mahsuri BC

Twitter


Datuk Misbun Sidek menyampaikan amanat terakhir kepada para jurulatih yang menyertai Klinik Kejurulatihan Asas KBS-Nusa Mahsuri di IKBN Kinarut pada 2-4 Mac 2012 lalu.

Para peserta Klinik Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri Siri I tekun menerima tunjukajar daripada Datuk Misbun di Inspen Putrajaya pada 9-11 Mac 2012 lalu.

14 Mei 2011

MBPJ raih emas badminton campuran sukan badan berkanun Malaysia

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuktikan keunggulan sebagai pasukan pilihan selepas berjaya meraih pingat emas acara badminton campuran pada temasya Sukan Badan Berkanun (Sukanun) Malaysia ke-7 yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu petang tadi.

Pada perlawanan akhir, MBPJ yang dibarisi ramai pemain bertaraf kebangsaan termasuk empat pemain Nusa Mahsuri mengenepikan cabaran satu lagi rakan senegeri, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan skor 4-2.

Sebelum melangkah ke pentas akhir, MBPJ yang berjaya muncul juara Kumpulan A tidak menghadapi sebarang masalah untuk membenam naib juara Kumpulan D, FRIM 4-1.

Selain MBPJ dan MPSJ, pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Sukan Negara, Majlis Perbandaran Klang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Utara Malaysia, Felda, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan banyak lagi.

Laluan MBPJ
Peringkat Kumpulan (Kumpulan A)
MBPJ mn UniSZA 7-0
MBPJ mn UiTM 6-1
Pusingan Kedua
MBPJ mn CIDB 4-0
Suku Akhir
MBPJ mn MAS 4-1
Separuh Akhir
MBPJ mn FRIM 4-1
Akhir
MBPJ mn MPSJ 4-2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails