Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

25 April 2011

KRM Baling lokasi terbaru Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri


SELEPAS Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan berkunjung ke Kompleks Rakan Muda Baling sebagai lokasi terbarunya mulai 28 hingga 30 April ini.

Seramai 60 peserta difahamkan akan menyertai program ini melibatkan semua daerah di negeri Kedah.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dijangka mengetuai barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang tempoh tersebut.

Bagi mana-mana yang ingin memperolehi info lanjut mengenai kem ini boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di talian 04-7324500.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails