Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

09 Jun 2010

Baling gegar Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri mulai esok


KOMPLEKS Rakan Muda Baling akan bergegar dengan program Kem Badminton peringkat Zon Utara selama tiga hari mulai esok.

Ini merupakan venue ketiga program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Seramai 60 peserta dijangka mengambil bahagian pada zon tersebut yang terdiri dari wakil negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Ia akan dikendalikan Penasihat Nusa Mahsuri yang juga jurulatih perseorangan negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional sementara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bertindak selaku tuan rumah.

Butiran Kem Badminton Zon Utara adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 - 12 Jun 2010
Venue: Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah
Info lanjut:
hubungi JBS Kedah 04-7203500/10/19

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails