Blog rasmi Kem Bakat Badminton KBS

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Negaraku...berkumandang di bumi Mesir selepas Ridzwan Rahmat/Misbun Shawal muncul juara

Youtube

Instagram

Twitter

15 April 2010

Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri Zon Tengah di Kg Pandan bermula esok


DALAM usaha menyemarakkan sukan badminton dengan lebih giat lagi, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri BC) bakal mengadakan Kem Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Zon Tengah selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan bermula esok.
Ia merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu yang antara lain memberi pendedahan kepada bakat-bakat baru terhadap sistem permainan badminton yang betul.
Beberapa kriteria telah dikenalpasti bagi menjayakan program kali ini. Antaranya, setiap peserta haruslah memiliki sihat tubuh badan, memiliki asas permainan badminton, berusia 9-12 tahun dan tidak pernah mewakili daerah, negeri mahupun kebangsaan.
Seperti kelazimannya, setiap peserta yang akan mengambil bahagian perlu membawa kelengkapan secukupnya sebagai pemain badminton.
Sepanjang program ini dijalankan, setiap peserta akan didedahkan dengan pelbagai asas permainan oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri BC diketuai Datuk Misbun Sidek sambil dibantu Abdul Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun dan ramai lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails